Tuesday, April 22, 2008

A Tribute To My Youngest Brother



Assalamualaikum...

Alhamdulillah...Kembali lagi di blog ini dengar pelbagai kisah & celoteh tentang diriku ini. Hari ini masa berlalu dengan pantas tanpa daku sedari. Hampir kebanyakan masa aku luangkan di hadapan PC bermain game Assassin'n Creed. Aku admit...diriku ini mudah obsessed dengan game hingga lalai leka...Alhamdulillah, Azzahra setia mengingati diriku ini walau dia sedang menumpukan tumpuan pada final exam.

Kebelakangan ini daku kerap bermimpi tentang insan2 yang begitu daku sayangi. Mungkin kerana rindu akibat lama tidak bertemu. Daku pernah bermimpi tentang adik bongsu yg kini baru berumur 4 bulan. Jangan terkejut, di kala usiaku yg baru mencecah 25 tahun pun masih lagi mampu mempunyai seorang adik bongsu. Mungkin ini rezeki mak dan abah... Rasa tenang sangat melihat wajah adikku yg tenang & damai... Suci umpama kain putih yang belum diwarnai lagi dengan corak2 kehidupan yg penuh ranjau ini. Moga Allah berikan petunjuk buat adikku...

Daku masih ingat lagi saat2 kelahiran adikku. Kala itu aku sanggup bercuti dari kesibukan kampus semata2 untuk pulang menemani mak di kampung. Abah pula berdebar2 menanti kelahiran ahli keluarga baru kami. Aku sempat mengambil gambar adikku sejam selepas kelahiran. Moga ia bakal menjadi memori paling berharga buat keluarga kami. Nama diberi ialah Amer Azamuddeen yang bermaksud pemimpin yg bersemangat agama. Terima kasih buat Azzahra yang memberikan nama yang begitu indah buat adik kami. Moga Amer bakal membesar menjadi pemimpin yang bakal menegakkan kembali Islam di muka bumi ini. Ameen....

2 comments:

Eridzhuan Zhaieno said...

Alhamdulilah...inilah nama nyer rezeki dan kenikmatan hidup berkeluarga....adik-adik pastinya menjadi penyeri dalam hidup kita..buat berkongsi segalanya...saya pun teringin ngak nak ada adik kecil lagi...hahahah

Anonymous said...

Alhamdulillah...

Moga murah pula rezeki sya dengan anak sendiri pada masa akan datang ameen....