Tuesday, March 17, 2009

Outward Bound Malaysia

Assalamualaikum & Salam ukhuwah pembuka bicara...

Alhamdulillah...bertemu kembali di ukhuwah maya ini atas izin dan rahmat dari Allah SWT. Pantasnya masa berlalu meninggalkan insan yang masih leka dibuai mimpi nikmat dunia & kesibukan rutin harian. Nasihat khas untuk diriku yang kadangkala alpa walaupun pelbagai ujian & peringatan dari-Nya...

Aku baru pulang dari kursus Outward Bound Malaysia (OBM) di Lumut, Perak dari 15 Febuari hingga 1 Mac. Pelbagai kenangan pahit manis menjadi penyeri hidupku sepanjang kursus tersebut. Syukur segala keringat yang dicurahkan untuk pelbagai aktiviti lasak nyata berbaloi dan benar2 menguji kesabaran dan jati diri. Terima kasih buat majikan tercinta, TNB kerana menaja kami semua para eksekutif baru. InsyaAllah segala pengalaman dan semangat sepasukan yg terjalin dapat diterapkan dalam medan pekerjaan.