Tuesday, February 27, 2007

Sekuntum Mawar Hafizah...

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi di atas nikmat Iman & Islam...Bertemu kembali di warkah maya ini hanya kerana Allah SWT... Tugasan di kampus dan komitmen pd ilmu menyebabkan daku tiada punyai kesempatan utk update warkah ini selalu....afwan...

Betapa bahagianya diri ini, di atas kehadiran 'sekuntum mawar hafizah' dalam hidupku... Aku amat bersyukur pada-Mu Ya Allah, moga nikmat ni menjadikan daku lebih kasih dan cinta pada-Mu dan Rasul-Mu...ameen...
Detik yg berlalu terasa begitu panjang utk aku hadapi... Ukhuwah yg disemai dgn baja keIMANan dan disirami AMAL begitu indah pd pandangan hati. Walau belum bertentang mata, namun pandangan hati terasa begitu suci...


UKHUWAH ITU BUKAN TERLETAK PADA PERTEMUAN....BUKAN PADA MANISNYA UCAPAN DI BIBIR...TETAPI PADA INGATAN SESEORANG TERHADAP SAUDARANYA DI DALAM DOANYA....-IMAM AL GHAZALI-
Setiap detik dilalui bersama, suka & duka umpama resepi kehidupan yg menjadikan ukhuwah ini lebih matang dalam menghadapi ujian & dugaan... restu ayah bonda menjadi tunjang kepada ukhuwah ini dan 'jawapan' istikharah menjadi hujah antara diriku & dirimu... bulan dan bintang menjadi saksi dan menjadi teman bg diriku & dirimu di kala sunyi....

"Wahai saudariku...ketahuilah, semoga Allah menjaga anda. Kebahagiaan di dunia & akhirat bergantung kepada pelaksanaan syari'at Allah SWT dalam kehidupan kita. Firman-Nya dalam surah An-Nahl ayat 97, "Barangsiapa yg mengerjakan amal soleh baik lelaki mahupun perempuan,sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan memberikan balasan kepada mereka dengan pahala yg lebih baik dari apayg telah mereka kerjakan." -Nasihat Untuk Keluarga Islam-
nukilan hati tinta_ukhuwah

Baiti Jannati = Rumahku Syurgaku

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dengan izin-Nya kita bertemu kembali di warkah ukhuwah ini. Hampir seminggu aku menyepi kerana pulang ke kampung halaman untuk bertemu abah, emak dan adik-adikku. Hatiku kembali tenang apabila melihat wajah emak, mendengar 1001 kata2 nasihat dari abah, dan melihat telatah adik2 ku yg begitu menghiburkan hati... Alhamdulillah syukur pada-Nya atas kurniaan nikmat usrah = keluarga. Thank You Allah.... (^_^)

"Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kedua ibu bapamu." - Surah Luqman ayat 14-


Setiap kali pulang ke kampung di Batu Pahat, Johor, aku tidak membawa bersama segala tugasan2 kampus. Aku ingin meluangkan masa yg singkat ini sepenuhnya untuk keluargaku. Aku luangkan cuti semingguku kali ni dengan melancong bersama keluarga di Penyabung Mersing, di Port Dickson N.Sembilan dan di Bandaraya Bersejarah Melaka. Alhamdulillah, segala kenangan terindah ini akan bersemadi dalam ingatanku dan di warkah ukhuwah ini (^_^)


"Wahai ibuku, hendaklah berdoa kepada Allah, doa merupakan senjata bagi ibu dalam mengharungi kehidupan ini, dan bergembiralah dengan akan datangnya kebaikan, kerana Rabb telah menjanjikan dalam kitab-Nya" -Dipetik dr kitab Nasehat Untuk Keluarga Muslim-

Wednesday, February 14, 2007

Pipah in memory

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, segala puji milik-Nya dan dengan izin-Nya kita bertemu kembali di warkah ukhuwah ini... Post kali ini mungkin agak unik, bukan ape, aku ingin berkongsi satu kisah... Kisah seekor anak ayam, 'Pipah' nama diberi....

Seminggu sebelum tibanya Ramadhan 1427Hijrah, bertempat di tingkat 8 Apartment Cendikiawan, Uniten...satu kisah unik bermula...Ilham dari Projek Engineering Measurement, di mana kami perlu menetaskan telur ayam mengikut spesifikasi engineering concept & design....Dengan izin Allah SWT, maka hasilnya ialah 'Pipah', seekor anak ayam cilik yg mendapat nama daripada seorang bayi comel (^_^)v

"Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya esok. Dan tidak seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati." -Surah Luqman ayat 34-

Memori indah bersama si cilik 'pipah' hanya sementara. Telatahnya yg manja dan mengikutku ke mana sahaja aku pergi pasti menghiburkan hati sesiapa sahaja. Sebulan berlalu, perpisahan yg telah ditetapkan oleh-Nya menjelang tiba... Walaupun hati kecil ini hiba dengan perpisahan ini, namun aku redha dengan kenangan terindah ini. Aku sudah melakukan yg terbaik buat 'pipah' dan Allah SWT lebih mengasihinya....

"Biarkanlah hari-hari melakukan apa yang dia mahu, dan relakan jiwamu jika qadha sudah ditetapkan. Jika qadha sudah turun di tanah suatu kaum, maka tidak ada yang sanggup mencegahnya, tidak juga bumi dan langit" -Dipetik drpd kata2 nasihat oleh Imam Syafi'i dlm kitab La Tahzan-

tinta_ukhuwah

Saturday, February 10, 2007

Rest In Peace, InsyaAllah

Assalamualaikum....
Alhamdulillah....syukur pada-Nya kerana masih ade lagi hari ini....esok aku tidak pasti....mungkin aku akan dipanggil menghadap-Nya.....atau mungkin masih ade lg esok untuk aku menyumbangkan sesuatu untuk Islam.....

Kebelakangan ni.....aku seolah2 kehabisan tenaga... umpama bateri yg lemah dan perlu di"charge"..... itulah aku.....ujian demi ujian....dilema demi dilema.....aku tewas dan tidak mampu untuk istiqamah dgn jalan yg aku pilih....mujur ade teman2 dan sahabat2 yg setia menanti....mengajak aku ke jalan yg lurus....mujur ade teman2 dan sahabat2 yang memahami diri ini.....terharu apabile aku lama menyepi......

"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mentauhidkan dan mematuhi perintah) Allah dan dia sendiri mengerjakan amal soleh sambil berkata : Sesungguhnya, aku adalah daripada kalangan orang Islam (yang benar-benar berserah kepada Allah)." -Al Fussilat : 33-

Thursday, February 8, 2007

Muhasabah Campus Life (Version 1)


Saban hari aku berfikir sendirian.....
Tentang hakikat campus life....
Mengapa aku di sini??
Apa matlamat dan tanggungjawab ku??
Aku cube muhasabah diri ini yg serba hina....
Kadangkala aku leka....
Kadangkala aku ingat....
Ya Allah, berilah aku petunjuk....
Sedarkah wahai rakan seperjuanganku.....
Akan matlamat kite menuntut ilmu....
Mencari keredhaan Allah....
Amal dan sampaikan pada semua....
Namun, mengapa suasana kini berbeza???
Menuntut ilmu hanya kerana peperiksaan....
Hanya kerana kebanggaan....
Atau hanya kerana segulung ijazah.....
Sedarlah wahai rakan seperjuanganku....
Akan keberkatan ilmu yg kite cari.....
Akan kasih sayang Allah yg kite capai.....
Sedarkah wahai rakan seperjuanganku.....
Betapa tebal buku rujukan kite....
Betapa asyiknya kite membacanya.....
Namun kite lupe....
Akan kebesaran dan mukjizat Al Quran....
Mengapa kite tidak mampu khatam.....
Mengapa kite tidak mampu amalkan....
Sedarlah wahai rakan seperjuanganku....
-tinta_ukhuwah-

Sunday, February 4, 2007

Hujung Minggu yg Damai

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, dengan izin-Nya, hujung minggu tiba lagi. Entah kenapa, hati ni asyik menanti ketibaan hujung minggu. Hari demi hari yg berlalu, seolah-olah begitu mujahadah untuk dihadapi. Alhamdulillah, aku masih lg mampu berdiri, masih lg mampu sujud menghadap-Nya.....

"Allah tidak memberati seseorang melainkan sekadar apa yang terdaya olehnya" -Al Baqarah :286-

Tahukah anda, bilakah saat yg paling damai buat diriku?? Apabila dahi sujud di sajadah, apabila menitis air mata kerana-Nya....itulah saat paling manis. Moga saat-saat ini akan selalu hadir dalam hidupku. Melihat indahnya alam ciptaan Allah yang terbentang luas, ikan-ikan di lautan, pohon-pohon yg menghijau, juga membuat diri ini berasa damai.....Alhamdulillah....


Sepanjang minggu ini, aku sibuk mengejar due date utk submit project report. Alhamdulillah, walaupun belum sihat sepenuhnya, aku gagahkan diri ini hadapi segalanya. Ketibaan hujung minggu seolah-olah adalah hadiah buat diriku yg keletihan, mentally and physically. Alhamdulillah, kehadiran sahabat-sahabat serumah seolah-olah tepat pada masanya. Kami luangkan masa hujung minggu ni dengan melihat keindahan alam di Taman Tasik Titiwangsa dlm suasana midnight.

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih"
-Ibrahim : 7-

Alhamdulillah, demam & batuk2 yg aku alami for the past 3 weeks, dah semakin sembuh. Aku gagahkan diri makan ubat2 tu, walaupun pahit (^_^). Hujung minggu ni banyak aku habiskan dengan berehat & tidoo....Alangkah bestnya nikmat ini, Alhamdulillah..... (^_-)v

Thursday, February 1, 2007

Warkah buat diriku

Assalamualaikum...
Alhamdulillah...segala puji hanya milik-Nya. Agak lama aku menyepi kerana banyak ujian dan tarbiyyah dari Allah yg perlu aku hadapi....


"Dan bersabarlah atas segala bencana yang menimpamu."
-Surah Luqman:17-

"Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang baik),dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan, dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan)."-Surah Ali Imran:200-

Sepanjang minggu ni, banyak coretan dalam warkah hidupku. Satu demi satu mengajar diri ini untuk menjadi lebih matang. Syukur kepada Allah atas segala ujian ini. Hampir 3 minggu demamku ini masih belum lg sembuh. Ada kalanya aku tidak dapat tidur malam kerana batuk2 dan sakit dada yg berterusan. InsyaAllah, berbekalkan usaha & doa, pasti ada penghujungnya bg ujian ini.
Aku tidak sempat menulis warkah kepada skuad bola sepak Malaysia. Walaupun mereka tewas kepada Singapura dlm semi-final Asean Cup minggu lepas, namun aku kagum dengan semangat juang mereka.Tahniah buat Malaysia...
Minggu ini banyak progress report yg aku perlu siapkan sebelum dateline menyergah. Moga Allah permudahkan segala urusan...
Menjelang Career Fair minggu depan, resume & application letter perlu aku kemaskini... Solat Istikharah telah aku lakukan berulang kali bagi mencari company yg paling sesuai untuk Industrial Training aku pd April ini...InsyaAllah....