Saturday, October 6, 2012

Nostalgia Ogos 2012 - Eid Fitri

Assalamualaikum....

Segala puji milik Allah... Kami sekeluarga bersyukur kerna diberi peluang untuk mengecapi memori indah bersama kerna Ummu Wafa cuti hampir 4 bulan daripada pengajian Masters beliau (^_^) Kami dapat meluangkan masa sepenuhnya sepanjang Ramadhan & Syawal pada tahun ini. Wafa juga dapat merasai pengalaman solat Tarawih bersama Ummi & Ayah. Karenah & telatah Wafa yang sudah mula berjalan sentiasa mencuit hati kami (^_^) Berikut adalah memori Eid Fitri 2012 buat kami sekeluarga




Nostalgia Julai 2012

Assalamualaikum....

Bertemu kembali di serambi maya ukhuwah kami. Terasa bersemangat kembali untuk kami berceloteh di sini  setelah lama menyepi. Tambahan pula, banyak kenangan yang kami ini berkongsi dan ukirkan di lembaran maya ini. Moga diberkati Allah dan menjadi pengukuh ukhuwah kami sekeluarga. Ingin kami berkongsi kenangan sepanjang bulan Julai 2012. Bermula dengan rombongan kami sekeluarga ke Pulau Langkawi pada tanggal 7-9 Julai 2012 bersama Pelitawanis TNB Pasir Gudang. Banyak pengalaman yang takkan kami lupakan seperti para gliding, shopping pinggan mangkuk, sigh seeing dan banyak lagi (^_^)

Telatah puteri sulung kami Wafa ketika pertama kali makan di kerusi sendiri turut membuat kami tersenyum riang (^_^) Tak lupa juga moment ketika Wafa memakai bathrobe (^_^) Syukur atas hadiah ini, Ya Allah...


Nostalgia Jun 2012

Assalamualaikum (^_^)

Syukur alhamdulillah...Ceria kembali hati ini pabila dapat kembali berceloteh di serambi ukhuwah kami setelah menyepi hampir 6 bulan huhu (-_-) Coretan terakhir kami pada April 2012 ketika berkongsi pengalaman mengerjakan Umrah sekeluarga. Pelbagai kenangan manis terukir di lembaran ukhuwah kami sepanjang bulan Jun2012. Antaranya percutian ke Cameroon Highlands, kali ke-2 dalam setahun. Cuma kali ini kami ditemani mak dan abah sekeluarga serta menginap di bunglo TNB. Dengan kadar bayaran RM10 semalam, memang berbaloi-baloi (^_^)
Penghujung Jun 2012, tanggal 30hb adalah tarikh yang penuh bermakna buat puteri sulung kami Nur Wafa Safiyya. Alhamdulillah beliau telah genap setahun. Moga menjadi anak yang solehah (^_^) Kami sekeluarga meraikan ulangtahun kelahiran pertama Wafa di rumah mak abah di Batu Pahat dan secara kebetulan sama dengan tarikh kelahiran anak sulung Cik yati, Nazmi. Terima kasih buat mak abah kerna menghadiahkan puteri kami rantai leher serta loket yang begitu cantik (^_^)




Friday, April 27, 2012

Memori Umrah : 4 - 14 April 2012

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah...Bertemu kembali di serambi ukhuwah kami. Moga ukhuwah kami ini terbina persis sekuntum bunga yang mekar dicucuri barakah & rahmah daripada Allah SWT (^_^) Teringin sangat untuk kami mengabadikan di anjung maya ini kenangan ketika mengerjakan Umrah pada 4-14 April 2012.  Ku biar kalam berbicara..."Pictures Speak A Thousands Words".

Thursday, April 26, 2012

Berkelana di Penang selama seminggu

23-27 April 2012 = Kursus RCM at Wisma TNB Perda
23-27 April 2012 = Staying at Hotel Palm Inn
ASSALAMUALAIKUM...

Subhanallah....Tatkala ini daku masih lg berjaga kerna xmampu melelapkan mata yang kini kian kuyu. Jiwa ini kesepian kerna merindui permaisuri & puteri hati (-_-) Daku tersadai sendirian di Bandar Perda, Penang sepanjang minggu ini kerna menghadiri kursus RCM Facilitator yang daku telah tangguh selama 3 tahun.

Ini adalah kali pertama daku outstation di Penang walaupun 12 tahun lepas daku pernah menimba ilmu selama beberapa bulan di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Kehadiranku semula di tanah Penang ini benar-benar menyingkap semula memori silam hehe...Kali ini daku menaiki bas dari KL ke Penang kerna tidak mampu driving sendirian akibat kesihatan yg tidak mengizinkan. Tambahan pula, daku terpaksa berjalan kaki hampir setengah kilometer dari hotel ke venue kursus di Wisma TNB setiap hari. Benar-benar mujahadah pengalaman outstation kali ini. Moga Allah SWT berkati & sentiasa di bawah perlindungan-Nya...Ameen

Tuesday, April 24, 2012

Majlis Kesyukuran buat Wafa (^_^)

26 Febuari 2012 = Jamuan Kesyukuran Untuk Wafa
26 Febuari 2012 = Leisure di Air Hitam
26 Febuari 2012 = Jamuan Kesyukuran Untuk Wafa
ASSALAMUALAIKUM....

Bismillah...Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Daku bersyukur kerna masih lagi diberi peluang untuk berceloteh di ukhuwah maya kami semata-mata untuk mendapat keredhaan dari Allah SWT & semoga ukhuwah kami sentiasa di bawah lindungan-Nya (^_^)

Ingin sangat daku berkongsi pengalaman ketika menganjurkan jamuan kesyukuran untuk puteri kesayangan kami Nur wafa Safiyya pada tanggal 26 Febuari 2012. Mengikut adat Jawa, ia lebih dikenali sebagai 'PITUNAN' ataupun 'TURUN TANAH'. Namun semua itu adalah adat silam semata-mata. Yang penting, kami ingin menjamu para pekerja MK Berkat Enterprise dan berdoa untuk kesejahteraan & kebahgiaan kami sekeluarga. Setinggi penghargaan buat Mak & Abah yang bersungguh-sungguh untuk menjayakan majlis ini walaupun secara kecil-kecilan. Moga ade berkat & rahmat daripada Allah SWT.... Ameen...

Video Wafa Bermain Buaian


ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah....bertemu semula di serambi ukhuwah kami. Tatkala ini mood daku untuk berceloteh di wadah maya ini semakin membuak-buak. Mungkin daku kesunyian tatkala tersadai keseorangan di bumi Pulau Pinang sepanjang minggu ini kerna menghadiri kursus RCM. Namun, segala coretan & celoteh daku ini hanyalah satu perkongsian sepanjang ukhuwah kami yang mungkin menjadi rujukan kelak oleh anak cucu kami hehe...

Video di atas telah daku mainkan berulang kali kerna merindui telatah & gelak tawa puteri kami Nur Wafa Safiyya. Ini juga adalah kami pertama Wafa bermain buaian pada 15 Mac 2012 tatkala berumur 8 Bulan 2 Minggu. Gelak tawa Wafa benar-benar membuat daku tenang & tersenyum sendirian (^_^)

Leisure at Bukit Tinggi @ Berjaya Hills

18 Febuari 2012 = Leisure di Bukit Tinggi
18 Febuari 2012 = Leisure di Bukit Tinggi
18 Febuari 2012 = Leisure di Bukit Tinggi 
18 Febuari 2012 = Leisure di Bukit Tinggi
ASSALAMUALAIKUM....

Alhamdulillah...Syukur kepada-Nya atas nikmat rezeki. Moga dengan nikmat rezeki ini, dapat daku infakkan lagi dan lagi di jalan Allah SWT. Moga dengan nikmat rezeki ini, dapat daku mendekatkan diri kepada-Nya... Ameen...

Seminggu selepas kami sekeluarga berkelana di Cameroon Highlands, kini giliran Bukit Tinggi @ Berjaya Hills menjadi destinasi kami. Bezanya ialah, trip kali ini telah dirancang setelah membuat study daripada kenalan di Facebook hehe. Dengan entrance fee yang telah dikenakan pada setiap pengunjung, daku tetap berpuas hati kerna dapat menikmati panorama keindahan alam ciptaan Tuhan (^_^) Ia berkonsepkan 'French Theme Resort' dengan bangunan Colmar Tropicale menjadi tarikan utama. Namun, daku masih ragu-ragu kerna suasana seperti ini tidak kelihatan ketika daku & isteriku melawat Paris tahun lepas. Paling menarik ialah Japanese Village yang mirip perkampungan di Jepun. Kami sekali lagi disambut oleh hujan yang sangat lebat sehingga memaksa kami sekeluarga berlindung di bawah toto bagi mengelakkan Wafa kehujanan. Umpama lagu 'Memori Daun Pisang', kenangan manis ini akan sentiasa akan terpahat dalam memori kami sekeluarga (^_^)

Kenangan Terindah di Cameroon Highlands

`12 Febuari 2012 = Rehlah di Cameroon Highlands
12 Febuari 2012 = Rehlah di Cameroon Highlands

12 Febuari 2012 = Rehlah di Cameroon Highlands

12 Febuari 2012 = Rehlah di Cameroon Highlands
ASSALAMUALAIKUM...

Subhanallah...Alhamdulillah...Allahu Akhbar... Moga lidah & hati ini tidak lekang daripada zikrullah (-_-) Bertemu kembali di anjung ukhuwah maya kami untuk berkongsi pengalaman kami berkelana di atas muka bumi milik Allah SWT....Moga bermanfaat untuk semua terutamanya generasi daku yang akan datang (^_^)

Usrah Al Izzah bagi bulan Febuari telah dianjurkan di rumah Tok Wan, Ipoh buat julung-julung kalinya. Dalam perjalanan pulang, kami sekeluarga telah singgah di Cameroon Highlands walaupun tanpa sebarang perancangan awal. Dipandu oleh GPS, kami tiba di Cameroon Highland pada tengah hari. Cuaca yang panas, namun angin sejuk sepoi-sepoi bahasa buat kami sekeluarga berasa selesa. Ini adalah pengalaman pertama daku menjejakkan kaki di tanah tinggi Cameroon Highlands walaupun Ummu Wafa telah beberapa kali tiba bersama keluarga Terengganu. Kunjungan kami disambut oleh hujan lebat pada lewat petang & kabus sejuk pada malam hari. Kami sempat mengabadikan kenangan sekeluarga di Ladang Teh Boh, Taman Kaktus, Taman Strawberry, Taman Bunga & Air Terjun Lata Iskandar. Daku juga telah mengambil kesempatan untuk survey Stesen Janaletrik Cameroon & Rumah Rehat TNB Cameroon. Ummu Wafa begitu ceria ketika membeli kaktus & fridge magnet hehe. Daku pula amat teruja dengan pelbagai herba yang kami beli seperti Pokok Germen, Pokok Ayam Emas, Pokok Cili Ungu, Pokok Pudina & Pokok Origano. Alhamdulillah kesemua pokok tersebut tumbuh segar di anjung ukhuwah kami di Pasir Gudang. Daku berazam untuk kembali semula di Cameroon Highlands bersama mak, abah & adik-adik untuk berkongsi pengalaman manis kami...InsyaAllah....

Leisure di Melaka, Bandaraya Bersejarah

7 Febuari 2012 = Leisure at Melaka (Taman Buaya)
6 Febuari 2012 = Leisure at Melaka (Zoo Melaka)
 ASSALAMUALAIKUM....

Subhanallah...Maha Suci Allah (^_^) Daku bersyukur atas segala nikmat-Nya pada diri ini yang tak terhingga banyaknya. Moga diri ini tergolong dalam golongan hamba-hamba-Nya yang bersyukur. Ameen...
Mengimbas kembali kenangan kami sekeluarga tatkala rehlah di Melaka, Bandaraya Bersejarah. Cuti umum yang panjang ingin sekali kami manfaatkan dengan melihat kebesaran Allah di atas muka bumi ini. Kami memilih destinasi Zoo Melaka kerana ingin memberi peluang pada Nur Wafa Safiyya ta'aruf pada hidupan haiwan. Daku amat teruja tatkala melihat haiwan Badak Sumbu yang kelihatan gagah perkasa. Ummu Wafa pula amat tertarik dengan haiwan Ular (^_^) Kami juga berkesempatan secara tidak sengaja bertemu keluarga Kak Anik & keluarga Kak Iza ketika menginap di Hotel Seri Malaysia. Ukhuwah fillah abadan abada...(^_^) Moga kami sekeluarga dapat istiqamah dalam berkelana di muka bumi ini untuk melihat tanda-tanda kebesaran Allah... Ameen...

Berkelah di Pantai Tanjung Leman, Mersing

4 Febuari 2012 = Berkelah di Pantai Tanjung Leman, Mersing
ASSALAMUALAIKUM....

Alhamdulillah...Dengan izin-Nya daku dapat berceloteh di serambi ukhuwah kami walaupun kini sedang demam, selesema & batuk. Moga segala mujahadah kesihatan ini menjadi kafarah kepada dosa-dosaku yang silam. Ameen....
Masih segar dalam ingatanku tatkala pertama kali membawa puteri kami Nur Wafa Safiyya berkelah & mandi-manda di pantai. Ketika ini Wafa berumur 7 bulan dan beliau begitu teruja bermain air di pantai. Gambar di atas menunjukkan Atok sedang mendukung kemas puteri kami ketika mandi-manda di Pantai Tanjung Leman, Mersing. Daku & Ummu Wafa pula sibuk meredah ombak. Keluarga Cik Yati juga menyertai perkelahan ini dan kami menikmati pelbagai hidangan selepas penat bermandi-manda. 
Kami turut menziarahi keluarga Wak Yan di Felda Tenggaroh. Ukhuwah fillah abadan abada...(^_^)

Monday, April 23, 2012

Kenangan First Time bagi Wafa

7 Januari 2012 = First time Wafa  duduk di kerusi makan
8 Januari 2012 = First time Wafa pakai car seat

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah bertemu kembali di ukhuwah maya kami. Daku sangat-sangat tertarik dengan dua gambar di atas kerna pengalaman pertama Wafa berjaya diabadikan dalam gambar. Wafa pertama kali cuba duduk di kerusi makan tatkala berumur 6 Bulan 1 minggu. Ketika itu kami sekeluarga sedang menikmati hidangan ayam goreng di Mc Donald, Gombak. Walaupun Wafa hanya mampu bersandar dan melemparkan senyuman, sesungguhnya daku amat-amat gembira dengan perkembangan Wafa...
Gambar kedua adalah kenangan ketika Wafa pertama kali duduk menggunakan car seat juga ketika berumur 6 Bulan 1 minggu. Masih segar dalam ingatan, Wafa menangis hingga terlena tatkala Ummu Wafa drive pulang setelah menghantar daku di Terminal Bersepadu Selatan, TBS. Wafa memang tidak boleh duduk diam ketika menaiki kereta. Telatah beliau sentiasa membuat kami tersenyum hehe...

Ikang Celup Tepung...Besttt

22 Januari 2012 - Makan ikan celup tepung di Terengganu
ASSALAMUALAIKUM....

Alhamdulillah bertemu kembali di serambi ukhuwah maya kami. Dah lama rasanya x berceloteh di sini. Tatkala ini daku sedang berkelana di Perda, Pulau Pinang kerna menghadiri kursus selama seminggu. Teringat memori tatkla belajar di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang pada 14 tahun lepas... Subhanallah, cepatnya masa berlalu.

Hanya ingin berkongsi pengalaman kami sekeluarga tatkla menikmati hidangan celup tepung di Terengganu pada 22 Januari 2012. Suasana petang yang damai diselangi angin sepoi-sepoi bahasa buat daku bertambah berselera (^_^) Ini adalah pengalaman pertama daku walaupun setelah lebih setahun mendirikan rumah tangga (^_^) Terima kasih buat isteri tercinta kerna sudi berkongsi moment ini. Puteri kami Nur Wafa Safiyya ceria bermain pasir di pantai hehe...

Sunday, March 4, 2012

Usrah Al Izzah di Ulu Yam - 21 Januari 2012


Assalamualaikum...

Alhamdulillah dengan izin-Nya Usrah Al-Izzah bersidang kembali di Sungai Tua, Ulu Yam, Selangor pada petang yang dingin 21 Januari 2012 (^_^) Acara bulanan Usrah Al-Izzah yang menghimpunkan kesemua ahli keluarga ini memang sentiasa dinantikan. Tambahan pula, usrah kali ini adalah kali pertama kesemua ahli keluarga dapat hadir sejak pertama kali diperkenalkan pada 29 Januari 2011. Masih segar dalam ingatan kami ketika usrah edisi pertama di Sungai Pertak. Subhanallah sudah genap setahun rupanya (^_^)

Antara intipati perbincangan kami ketika usrah kali ini adalah sunnah Rasululllah SAW dalam strategi berjihad. Baginda menyarankan agar anak-anak muda dididik dengan ilmu memanah, berenang & menunggang kuda. Baginda juga menyarankan agar anak-anak dididik dengan 'kasar' agar dapat membina jatidiri yang jitu. Ilmu memanah dewasa ini kian dilupakan kerana kebergantungan manusia dengan teknologi senjata yang lebih moden. Namun adakah kita sedar bahawa hanya dengan memanah dapat melatih daya tumpuan diri, dapat melatih kekuatan lengan & seterusnya memanah adalah strategi serang hendap yang paling berkesan. Begitu juga dgn ilmu berenang & menunggang kuda yang mempunyai hikmah tersendiri sejajar dengan saranan Baginda Rasulullah SAW. InsyaAllah, sama-sama kita amalkan dan terapkan dalam keluarga kita...

Kami semua tidak melepaskan peluang untuk bermandi-manda di jeram sungai sambil sibuk membakar ayam panggang (^_^) Daku & Ummu Wafa tidak turun ke sungai kerna bimbang keletihan memandu malam ini. Namun kami tetap terhibur dengan karenah & telatah ahli keluarga lain bermain air (^_^) Lewat petang itu, kami bertolak pulang ke Terengganu secara berjamaah dengan menaiki Alza (^_^) Alhamdulillah, syukur atas nikmat Alza kerna mampu menampung 9 penumpang ketika pulang ke Terengganu. Dengan izin-Nya kami semua tiba di Terengganu jam 3 pagi. Allahu Akhbar!!!

Sunset at Masjid Putrajaya - 8 January 2012


Assalamualaikum...

Alhamdulillah...bertemu kembali di ukhuwah maya ini setelah sepi hampir beberapa bulan dgn komitmen kerja & keluarga (^_^) Syukur kepada Allah SWT atas nikmat yang tak terhitung banyaknya pada diri daku ini.

Teringin berkongsi kenangan keluarga kami ketika rehlah di tasik Putrajaya sambil melihat matahari terbenam dan seterusnya solat berjamaah bersama-sama di Masjid Zainal Abidin yang tersergam indah. Melihat masjid ini dari dalam terus daku teringat video klip nasyid tema Imam Muda. Subhanallah...tenangnya hati nurani tatkala beribadat dalam ruang solat terbuka dgn alunan angin sepoi-sepoi bahasa & pemandangan lampu neon berwarna-warni dari jambatan Putrajaya (-_-) Allahu Akhbar!!!

Kami bergegas pulang setelah solat Maghrib kerna daku perlu kembali ke Pasir Gudang dengan menaiki bas jam 11mlm... Ummu Wafa menghantar daku ke Terminal Bersepadu Selatan dan seterusnya drive pulang ke UIA bersama Wafa...Syahdu hati ini melihat Wafa menangis ketika pertama kali memakai 'car seat' di sisi Ummu Wafa...Namun beliau akhirnya lena dibuai mimpi... Subhanallah....(^_^)

Sunday, January 29, 2012

Wafa's Hijab...



Assalamualaikum...

Alhamdulillah...segala puji milik Allah SWT...Moga serambi ukhuwah kami sentiasa di bawah lembayung rahmat & perlindungan dari-Nya...Ameen (^_^) Tanggal 14 Januari 2012 yang lepas adalah tarikh kepulangan bibik dari Bandung, dan daku amat teruja kerana banyak koleksi tudung bayi dr Bandung akan menjadi modal perniagaan kami (^_^) Kami memilih tudung-tudung bayi dari Bandung kerana rekaan yang unik di samping menjadi medium dakwah kepada sesiapa yang belum memakai hijab...Nur Wafa Safiyya akan menjadi model tudung kami... Alhamdulillah... (^_^) Moga syiar Islam tersebar ke sekelian alam...

Cuti Semester Buat Permaisuri & Puteri

Assalamualaikum...
Alhamdulillah dengan izin-Nya dapat bertemu kembali di serambi ukhuwah kami. Hati daku berbunga berseri-seri tatkala permaisuri & puteri hati akan bercuti selama 3 minggu (14 Jan - 4 Feb) setelah tamat peperiksaan Semester 1 Masters of Law di UIA, Gombak. Sebelum pulang bercuti di teratak ukhuwah kami di Pasir Gudang, kami sekeluarga berkesempatan untuk bertemu sahabat-sahabat lama isteriku di Mid Valley pada 13 Jan 2012. Moga ukhuwah yang terjalin takkan putus ditelan zaman... Ameen...

Wednesday, January 11, 2012

Solat Hajat & Kesyukuran di Stesen



Assalamualaikum...

Syukur kepada Allah SWT atas nikmat kesihatan kerna jari jemari ini masih mampu berbicara di serambi ukhuwah ini...Ringkas sahaja bicara kata kali ini kerna daku keletihan setelah bermain futsal. Tanggal 6 Januari 2012, kami warga Stesen Janaletrik Sultan Iskandar, Pasir Gudang telah menganjurkan Solat Hajat & Kesyukuran. InsyaAllah, dengan doa dan pengharapan kami kepada Allah SWT, moga dikurniakan keharmonian & kesatuan hati di kalangan kami. Ameen...

Selamat Berjaya Buat Adikku Fariz


Assalamualaikum...

Alhamdulillah, di balik keheningan Subuh ini, masih lg daku dapat mencoret warkah ukhuwah ini. Tergerak hati ini untuk berkongsi detik adikku Mohd fariz Aiman yang pertama kali merasai alam persekolahan asrama pada tanggal 4 Januari yang lepas. Daku & ibuku telah berjaya memujuk abah & Fariz untuk mendaftar di Sekolah Menengah Islam At-Tahfiz, Pasir Gudang yang hanya sejauh 1.5km drpd kuartersku. Alhamdulillah, syahdu & terharu hati ini melihat budaya Islam yang diserapkan dalam setiap aktiviti persekolahan. Walaupun, adikku Fariz pada awalnya menangis ingin pulang, namun daku & ibu gagahi diri untuk meninggalkan beliau di bawah jagaan sekolah. Alhamdulillah, hingga kini, Fariz kelihatan serasi & gembira dengan suasana persekolahan & asrama. (^_^) Moga Allah SWT beri daku kekuatan untuk memikul tanggungjawab menjaga adik-adikku...

Sunday, January 8, 2012

Mujahadah Dalam Demam



Assalamualaikum...
Alhamdulillah, sempat lg daku posting di serambi ukhuwah maya kami ini. Muajahadah sungguh cuaca panas di Gombak sejak kelmarin hingga kami sekeluarga mengambil keputusan untuk bersantai di rumah, di bawah kipas sepanjang hari(^_^) Kala matahari terbenam, kami sekeluarga pergi ke Klinik untuk medical check-up Wafa setelah seminggu lebih demam & selesema...Petua orang2 tua : Baby demam adalah perkara biasa sbg tanda mereka ingin membesar. Memang terbukti, kini Wafa sudah pandai menyusur ke hadapan (^_^) Moga dengan izin Allah SWT, Wafa akan cepat sihat & rajin2 ye sayang makan ubat antibiotik & ubat demam...

Malam hari, kami sekeluarga dinner di Mc Donald, pertama kali dalam 6 bulan (^_^) Ummu Wafa rindu nk makan ayam goreng & daku pula sekian lama teringin merasa Prosperity Burger hehe...Mengimbas semula kenangan manis kami, pertama kali kami berbuka puasa juga dengan Ayam Goreng Mc Donald hehe (^_^)

Sunday, January 1, 2012

Muhasabah Ukhuwah Sepanjang 2011

Assalamualaikum...

Alhamdulillah bersua kembali di serambi ukhuwah kami untuk lembaran baru 2012 dengan izin & rahmat daripada Allah SWT. Pelbagai kenangan & cabaran telah kami lalui bersama sepanjang 2011. Alhamdulillah dengan izin-Nya, kami dapat tempuhi & gagahi semua ujian dengan tenang. Berikut adalah sebahagian drpd sorotan peristiwa penting dalam ukhuwah kami sepanjang 2011. Kenangan terindah bagi kami ialah ketika menyertai lawatan pemeriksaan kualiti bagi 13DMC Compressor Upgrading di Alstom Switzerland pada 13-21 Febuari 2011. Kami turut mengambil kesempatan untuk melawat Disneyland Paris, Eifel Tower Paris, Kota Brussels & Mount Titlis Switzerland. Paling diingati apabila kami dpt bersarapan di Zurich, makan tengah hari di Brussels & Dinner di Paris. Alhamdulillah kerana Allah SWT telah memberi kami peluang untuk melalui pengalaman terindah ini.
Seminggu slps pulang dr Europe, kami menjadi tuan rumah kepada Usrah Al Izzah pada 26 Febuari 2011. Alhamdulillah semua ahli keluarga Terengganu dapat hadir dan bermalam di serambi ukhuwah kami, Kuarters TNB Pasir Gudang. Ukhuwah Fillah Abadan Abada... Antara peristiwa sedih sepanjang tahun 2011 ialah kematian Tok Nyang pada 4 Mac 2011 di Terengganu yang berusia lebih 100 tahun. Kami sekeluarga bertolak ke Terengganu pada hari yang sama setelah mendapat berita Tok Nyang meninggal dunia. Al Fatihah untuk Allahyarham Tok Nyang... Antara cabaran bidang kejuruteraan yang daku alami ialah 'Distillate Bunkering' yang julung-julung kali diadakan di SJSI, Pasir Gudang pada 1-3 Jun 2011. Alhamdulillah dengan izin-Nya semua berjalan lancar. Segala penat lelah & cabaran bagi menghadapi Audit TPM berakhir pada 14 Julai 2011 apabila 2 orang Auditor daripada Jepun datang ke stesen kami. Walaupun kami tidak berjaya mendapatkan pengiktirafan TPM, namun kami bersyukur atas perubahan budaya & suasana di stesen kami. Alhamdulillah... Kelahiran puteri sulung kami Nur Wafa Safiyya pada 30 Jun 2011 pastinya peristiwa terbesar dalam hidup kami. Dengan rasminya kami bergelar Ayah & Ummi. Amanah yang Allah SWT beri kepada kami pasti akan kami pikul dengan penuh rasa tanggungjawab agar dapat mendidik Wafa dengan acuan Islam (^_^) Seminggu selepas kelahiran Nur Wafa Safiyya, kami menganjurkan majlis aqiqah di rumah mak abah di Batu Pahat pada 6 Julai 2011. Sepanjang minggu ini daku berulang-alik dari Batu pahat ke Pasir Gudang untuk bekerja. Penat lelah daku amat berbaloi apabila dapat melihat wajah suci Wafa setiap hari. Daku bersyukur kerna aku sendiri yang menyembelih kambing aqiqah untuk Wafa. Kami sekeluarga telah membuat keputusan untuk membeli kereta baru bagi memudahkan perjalanan isteriku ketika melanjutkan pelajaran Masters di UIA, Gombak. Perodua Alza berwarna purple menjadi pilihan kami setelah menimbangkan harga yang berpatutan dan saiz yang luas. Kami menerima kereta seminggu sebelum Hari Raya pada 20 Ogos 2011. Pengalaman berhari raya di Terengganu pada 30 Ogos 2011 benar2 tidak dapat daku lupakan. Tambahan pula ini adalah kali pertama kami menyambut Hari Raya bersama & juga kali pertama bersama Nur Wafa Safiyya. Syukur alhamdulillah atas segala pengalaman yang begitu berharga ini. Pastinya tanggal 17 September 2011 adalah hari paling bersejarah bagi keluarga besar Atok Musriah. Semua anak2, cucu2 & cicit2 Atok dapat berkumpul bersama. Hari Keluarga ini dianjurkan di rumah Wak Ahmad dengan pelbagai aktiviti sukaneka & jamuan. Ukhuwah Fillah Abadan Abada. Alhamdulillah telah genap setahun perkahwinan kami pada 25 September 2011. Ukhuwah kami diserikan lagi dgn kehadiran puteri sulung kami Nur Wafa Safiyya. Kami menyambut first anniversary dengan berkelah & leisure di Pantai Desaru, Kota Tinggi. Atas komitmen kerja & tanggungjawab memimpin PKPI TNB, Pasir Gudang, kami sekeluarga menyambut Hari Raya Eid Adha di Pasir Gudang pada 6 November 2011. Alhamdulillah, daku berkesempatan untuk berkorban 1 bahagian lembu untuk Nur Wafa Safiyya. Tirai 2011 dilabuhkan dengan tamatnya Major Overhaul Gas Turbine Alstom 13DMC Upgrading yang julung2 kali diadakan di dunia. Hampir 3 bulan kami warga Stesen Janaletrik Sultan Iskandar, Pasir Gudang bertungkus-lumus membanting tulang bagi menjayakan aktiviti yang hanya dianjurkan setiap 4 tahun. Ini juga adalah pengalaman pertamaku memimpin Major Overhaul yang bermula 1 Oktober hingga 21 Disember 2011. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, segalanya berjalan dengan jayanya...Moga kehadiran 2012 menjanjikan banyak cabaran & kejayaan dalam kerjayaku. Ameen...