Tuesday, June 18, 2013

Kembara Ukhuwah Bulan Mei 2013 - Siri 2

Assalamualaikum...

Kembara ukhuwah kami tidak dapat lari daripada tugasan kerja daku bagi mencari rezeki sesuap nasi yang halal dengan izin Allah SWT. Alhamdulillah, Ummu Wafa & Wafa dapat turut serta menemani daku...








Kembara Ukhuwah Bulan Mei 2013 - Siri 1

Assalamualaikum...

Subhanallah...Dah kembali bersawang serambi maya ini walaupun kembara ukhuwah kami penuh rancak sepanjang bulan Mei 2013. Moga Allah SWT berkati dan redha perjalanan ukhuwah kami... InsyaAllah.
Antara kenangan terindah kami adalah ketika mengunjungi i-City Shah Alam buat kali kedua sepanjang perkahwinan kami. Cuma kali ini berbeza dengan kehadiran Wafa yang penuh pelbagai ragam. Kami juga sempat mengabadikan kenangan 'Jalan-Jalan Cari Makan' di sekitar Muar & Pasir Gudang




Friday, May 3, 2013

Kembara Ukhuwah di Terengganu & Kelantan : 26 - 28 April 2013

Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur kerna daku masih mampu berceloteh di serambi ukhuwah kami dengan izin dari-Nya. Di sebalik kesibukan kerja dan riuh rendah musim pilihanraya, daku masih lagi keseorangan kerna Wafa & Ummu Wafa kini berada di Terengganu tatkala daku akan mengundi di Air Hitam. Tanggal 26 hingga 28 April yang lepas, kami sekeluarga mengajak mak & abah Johor untuk menziarahi besan mereka di Terengganu sambil melihat suasana kempen pilihanraya di Terengganu& Kelantan. Terima kasih pada ummi & abah Terengganu atas layanan mesra dan semoga ukhuwah yang telah terjalin terus subur di bawah naungan rahmat dari Allah. Kami sekeluarga sempat melawat Pulau Kapas, Pasar Payang, Pasar Siti Khadijah & Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor. Antara tarikan utama kempen pilihanraya kali ini ialah replika pelantar minyak di Pengadang Baru bagi menuntut royalti untuk negeri Kelantan & Terengganu.

Masih segar dalam ingatan tatkala kali terakhir kami melakukan konvoi ke Terengganu & Kelantan bagi melihat suasana pihanraya pada 13 tahun lepas. Hasilnya, negeri Terengganu telah diperintah oleh Pas hingga tahun 2004. InsyaAllah...keputusan yang sama akan diperolehi...cumi kali ini Putrajaya menjadi matlamat utama.

Wafa & Ummu Wafa terus tinggal di Terengganu bagi membantu jentera pilihanraya hingga tiba hari mengundi. Daku pula, berbekal semangat rakyat Terengganu & Kelantan, telah memasang beberapa bendera di kampung halamanku, Kg Parit Tengah yang sehingga kini bebas daripada sebarang bendera Pakatan Rakyat. Tambahan pula mereka dengan sesuka hati menjadikan depan halaman rumahku di kampung menjadi lautan biru...Daku secara terang-terangan telah memasang bendera Pas di hadapan penduduk kampung bagi melunturkan sikap ego mereka. Alhamdulillah...Kini BULAN telah terbit di kampungku yang tercinta. Moga Allah memberi hidayah dan membuka hati mereka untuk bersama dalam perjuangan Islam yang hakiki....Membangun Bersama Islam....Membangun Bersama Kepimpinan Ulama'...






Wednesday, May 1, 2013

1 Mei Hari Pekerja Dipalit Memori Duka (-_-)

Assalamualaikum....

Tanggal 1 Mei 2013 adalah didedikasi untuk para pekerja di seluruh dunia. Peluang cuti ini daku manfaatkan sepenuhnya untuk berehat sambil merindui Wafa & Ummu Wafa nun jauh di Terengganu (T_T)...

Pada hari ini juga terpalit memori pahit dalam kamus hidup kami. Teratak kuarters kami sekeluarga telah diceroboh pencuri pada lewat tengah malam tadi antara jam 2 hingga 5 pagi ketika daku terlena di ruang tamu selepas keletihan bermain computer games and editing pictures. Antara yang hilang adalah Handphone Galaxy Note 1, DSLR Canon Camera dan wallet. Laporan polis telah dibuat jam 11 pagi hasil bantuan sahabat handai dan jiran-jiran yang sedia membantu daku dalam saat-saat kesukaran. Malahan, ramai rakan taulan dan kenalan yang ziarah ke kuarters bagi bertanya khabar & menyampaikan salam takziah. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala jasa baik kalian...Ameen...

Moga ujian ini menjadi tarbiyyah bagi keluarga kami. Syukur kerna Wafa & Ummu Wafa tiada di rumah ketika kejadian....Moga segala kerugian menjadi kafarah dan peringatan untuk kami lebih banyak infak harta di jalan Allah...InsyaAllah...


Tuesday, April 30, 2013

Warkah Ukhuwah 2013

Assalamualaikum....

Alhamdulillah bertemu kembali di serambi ukhuwah kami setelah lama menyepi. Kehangatan Pilihanraya Umum ke-13 membuat daku, Ummu Wafa & Wafa terleka seketika hingga serambi ukhuwah ini sepi tanpa sebarang coretan. Moga posting yang pertama untuk tahun 2013 ini menjadi titik permulaan... Moga 505 nanti bakal juga menjadi titik permulaan untuk Malaysia... Kini Ummu Wafa & Wafa berada di Terengganu untuk mengundi manakala daku akan mengundi di Parlimen Air Hitam Johor & Dun Semarang. InsyaAllah gelombang hijau yang kini melanda Johor pastinya membuat daku lebih bersemangat untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di tanah kelahiranku.... Segalanya bermula di sini...