Monday, October 26, 2009

Jalinan Ukhuwah Syawal

Syawal tanda kemenangan
Mengharung Ramadhan yg penuh dugaan
Setiap insan saling bermaafan
Ukhuwah yg terjalin menjadi ikatan
Nukilan : Tinta Ukhuwah

Sunday, October 25, 2009

Segalanya Bermula Kembali

Assalamualaikum...
MasyaAllah...dah bersawang rupanya serambi ukhuwah ini.
Terlalu banyak kisah untuk dikongsi & terlalu banyak madah untuk dihayati.
Alhamdulillah atas segalanya...
Kini, segalanya bermula kembali....
Di sini...

Saturday, July 18, 2009

Keringat Yg Membasahi Pipi

Assalamualaikum…

Syukur ke hadrat Ilahi atas nikmat dan kurnia-Nya dapat bertemu kembali di serambi ukhuwah ini. Hampir bersawang nampaknya blog ini kerna agak lama tidak update. Bukan ape, saban hari daku dibebani kerja yg tiada penghujungnya. Bukan ini yg daku pinta. Teringin sgt diri ini diberi peluang untuk belajar dan mengkaji segala ilmu yg belum lg diterokai oleh Negara kita. Kala ini, kita hanya bergantung pada Barat & Timur dalam bidang ilmu dan teknologi. Di manakah zaman kegemilangan Ilmuan-Imuan Islam yg satu ketika dulu menjadi rujukan seluruh dunia. Sama-sama kita ambil iktibar….

Alhamdulillah…Tanggal 23 June yg lepas telah genap setahun daku bekerja di TNB. Moga rezeki yg dicari mendapat redha & barakah dari-Nya. Aku telah menyempurnakan zakat pendapatan di Selangor kerna yakin akan halatuju sumbangan tersebut. Moga Allah SWT redha… Permohonan daku untuk berpindah ke unit lain dalam TNB juga telah disokong dan diluluskan oleh pihak pengurusan. Hanya menanti surat rasmi untuk daku melapor diri pada 27 Julai ini di Stesen Janakuasa Pasir Gudang. Alhamdulillah, setelah sekian lama merantau & berbakti di negeri orang, tiba masanya daku berkhidmat membanting tenaga di negeri tanah tumpah darahku, Johor Darul Ta’zim. Moga suasana kerja yg baru & pihak pengurusan yg baru dapat memberi daku sedikit ruang untuk belajar & mencari kedamaian… InsyaAllah….




Monday, June 29, 2009

Imbas Kembali : Father's Day

Assalamualaikum pembuka bicara

Alhamdulillah bertemu kembali di warkah maya ini. Kala ini, daku masih lg kelesuan setelah pulang dr bekerja. Tambahan pula, kaki kanan ini kembali sakit atas izin-Nya...Moga ALLAH memberi keinsafan dan pengajaran kpd insan yg menganianya diriku.

Everyday is Father's Day...Everyday is Mother's Day... Setiap saat, setiap detik, kita tidak pernah terlepas dari tanggungjawab utk berkhidmat dan berbakti kepada kedua2 ibu bapa. Tanggal 21 Jun yg lepas merupakan Hari Bapa yg disambut seluruh dunia. Aku dedikasikan posting kali ini utk bapa tersayang...Bukan ape, posting Hari Ibu telah aku abadikan minggu lepas...Hehehe, sbg anak mestilah adil meluahkan kasih sayang kepada kedua2 ibu bapa (^_^)

3 minggu lepas daku pulang ke kampung halaman. Kala itu, emosi dan fizikal daku kelesuan dan keletihan atas pelbagai ujian yg melanda. Masih lg terngiang di benak jiwa ini nasihat abah... Abah menegur diriku yg lemah dalam menempuh dugaan, yg lemah bila diuji oleh-Nya, yg lemah jati diri...Walaupun pedas segala nasihat dan teguran tersebut, namun daku akui hakikat diri ini yg saban hari makin lemas dipukul ombak ujian dari-Nya...Terima kasih abah atas nasihat dan teguran yg tidak pernah putus2...InsyaAllah anakmu ini akan berjanji untuk mengorak langkah dan menempuh segala dugaan ini dgn cekal... Ameen....

Sunday, June 28, 2009

Imbas Kembali : Bowling Repair Centre TNB


Assalamualaikum pembuka bicara

Kenapalah daku suka sgt posting psl imbas kembali jer...Bukan ape, sayang sgt pd gambar2 yg telah diambil. Every moment is precious if we appreciate it. Moga setiap aktiviti yang kami lakukan, menjadi wadah mengikat ikatan ukhuwah. InsyaAllah...

Tanggal 11 Jun dan bertempat di Plaza Alam Sentral, Shah Alam. TNB REMACO Repair Centre telah menganjurkan pertandingan bowling yg disertai hampir semua warga kerja. Suasana meriah dengan gelak tawa dan gurau senda menjadi wadah ikatan ukhuwah antara semua warga kerja. Setiap kumpulan terdiri drpd 4 peserta yg diundi secara rawak. Alhamdulillah, kumpulan daku hanya mampu mendapat kutipan mata ke-5 tertinggi. Yg penting, motif utama kami adalah saling mengeratkan ikatan ukhuwah yg terjalin. InsyaAllah....

Imbas Kembali : Muktamar Tahunan PAS di Shah Alam


Assalamualaikum pembuka bicara

Syukur Alhamdulillah kita dipertemukan kembali di serambi ukhuwah ini. Ingin sangat daku mengimbas kembali detik2 penting dalam hidup ini. Mujur ada gambar sebagai bukti. Benarlah..."Picture speaks lounder than words"....

Tanggal 6 Jun 2009, daku telah menghadiri Muktamar Tahunan PAS ke-55 di Stadium Melawati Shah Alam. Abah turut sama hadir menemaniku setelah selesai urusan di LCCT. Amer Azamudeen, si cilik comel turut menemani kami hingga daku keletihan melayan karenah dan aksi lincah adik bongsuku ini. Mak hanya setia menanti di kereta kerna keletihan. Sesungguhnya cuaca ketika itu memang benar2 menduga iman. Panas terik hingga menyebabkan peluh membasahi pipi. Ini hanyalah ujian kecil buat pejuang2 Islam.

Daku sedar, diri ini masih tidak layak lg untuk berbicara tentang perjuangan. Namun daku gagahkan diri untuk menghayati dan mengikuti perkembangan semasa sambil memahami liku-liku dalam perjuangan ini. Moga ALLAH SWT redha akan usaha daku yg sedikit ini. Daku hanya hadir sebagai 'pemerhati' di muktamar kali ini. Masih lg aku abadikan tag 'pemerhati' tersebut di dalam kereta sebagai kenangan.

Ini pertama kali aku menghadiri muktamar PAS. Syukur kerna venue kali ini berdekatan dgn tempat daku bermastautin di Shah Alam. Aku duduk di bahagian atas sebelah kiri pentas. Namun kualiti audio yg bergema menyebabkan daku kurang memahami ape yg diucapkan oleh para pemimpin PAS. Moga kehadiran daku mendapat redha-Nya walaupun begitu kurang info yg aku perolehi. Nun jauh di sana (bulatan merah) daku hanya dapat melihat kelibat Azzahra (^_^) InsyaAllah, hingga bertemu kembali...

Wednesday, June 24, 2009

Selamat Pengantin Baru Buat Sahabat

Assalamualaikum Pembuka Bicara

Saban hari masa berlalu
Hampir bersawang serambi ukhuwah ini
Masa terlalu cemburu
Hingga daku leka dibuai mimpi

Tahniah buat sahabat handai
Kerna telah menyempurnakan salah satu sunnah Baginda
Mendirikan rumahtangga bersama insan yg dicintai
InsyaAllah giliran bakal tiba

Bermula dengan teman sebilik
Tahniah buat saudara Oden
Tiada lagi terdengar suara mengigau
Tiada lagi terdengar dengkuran syahdu

Diikuti dengan rakan sekerja
Tahniah buat saudara Aboyy
Terima kasih ats usaha gigih
Terima kasih atas tunjuk ajar

Diakhiri dengan teman serumah
Tahniah buat saudara Naim
Jauh perjalanan ke Pantai Timur
Moga bahgia ke anak cucu

Nukilan - Tinta_Ukhuwah

Tuesday, June 2, 2009

Lena Dibuai Mimpi

Assalamualaikum pembuka bicara

Syukur pada-Nya atas nikmat tidur
Tatkala mata terpejam
Jasad terbujur kaku
Roh gentayangan
Moga tidur ini menjadi ibadat

Setelah 2 malam daku tidak lena
Ujian dan dugaan dari-Nya
Manusia tidak leka dari hasad & dengki
Moga ALLAH kuatkan diri ini

Hari ini merubah segalanya
Berkat doa dari alim ulama'
Berkat kesabaran menanti hingga fajar menyinsing
Moga ALLAH membantu daku merungkai segala masalah

Berundur bukan tanda mengalah
Setiap langkah pasti ada hikmah
Moga ALLAH tunjukkan jalan
Buat diriku menuju kejayaan

Nukilan Hati - TINTA UKHUWAH

Monday, May 25, 2009

An-Nakhbah & Hari Guru




Assalamualaikum...

Hanya sepatah dua kata mampu daku ucapkan di serambi ukhuwah maya ini. Kala ini...kelesuan dan kepenatan melanda diri. Moga segala perintah-Nya mampu daku gagahi dengan keringat yg membasahi pipi, dengan tenaga yg kian surut dan dengan langkah yg kian longlai. Ada kalanya daku tewas apabila diuji...Berkat doa dari bonda tercinta, berkat nasihat dari ayahda dikasihi, berkat sokongan dari kekasih hati....Daku tempuhi segalanya dengan tabah... InsyaAllah...

Tanggal 15 May adalah genaplah 61 tahun usia ‘Nakhbah’ ini. Usianya melangkaui usia merdekanya Malaysia. ‘Nakhbah’ di sini ialah genapnya 61 tahun usia negara haram Israel ditubuhkan. Perkataan nakhbah merujuk kepada kemusnahan sebidang tanah yang dahulunya milik negara Palestin.

Tanggal 16 Mei pula merupakan Hari Guru yang saban tahun disambut dengan meriah di sekolah2. Para guru merasa diri mereka dihargai ketika ini. Namun, ketika ini...seorang GURU bukan semestinya seorang PENDIDIK. Zaman & teknologi telah merubah segalanya. Ketika ini GURU hanyalah seorang PENGAJAR di sekolah. Mereka tidak lagi mampu menjadi PENDIDIK kerna belenggu dari persekitaran. Mereka tidak lagi mampu menjadi PENDIDIK kerna kurang nilai dan jati diri sebagai PENDIDIK & PEMBIMBING umat akhir zaman...

Ayuh GURU...Sama2 terapkan nilai2 perjuangan ISLAM di hati para mujahid muda. Agar mereka tidak lupa akan peristiwa hitam An-Nakhbah... Agar lahirnya mujahid2 yang bakal membebaskan Palestin dari belenggu musuh2 Islam... InsyaAllah...

Nukilah Hati - azri azzahra

Thursday, May 14, 2009

Cari Perbezaan



Assalamualaikum....

Alhamdulillah, syukur atas nikmat iman dan amal. 2 perkara yg begitu bernilai more than anything in this world. Praise to Allah The All Mighty for all the goodness in our lives. Lets together we recite Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...

Minggu ini benar2 membuat diriku lesu. Beban kerja di ofis ditambah pula dgn kerisauan yg melanda diri ini benar2 membuat daku tidak bersemangat utk kerja. Letih diri ini menjadi 'doctor' bagi 'merawat' buckets @ blades. Cuba buat perbezaan antara 2 gambar di atas. Perbezaan paling ketara ialah marking utk polishing bg repair works. Namun yg paling kritikal di sini ialah race track yg tidak selari apabila 3 blades disusun bertingkat spt di rotor. Mesti blurr bila dengan aku membebel ttg blades kan? Lumrah bg diriku yg mewarisi sifat bonda tercinta heheh

Wednesday, May 13, 2009

13 Mei = Perpaduan = Pakatan Rakyat


Assalamualaikum...

Memperingati 13 Mei
Adakah kita mengerti
Saat cemas dan ngeri
Gerun menguasai diri

Perpaduan yg kita cari
Ukhuwah yg terkunci
Sama2 kita nikmati

Islam agama yg suci
Persaudaraan dan ukhuwah menjadi intipati



Tuesday, May 12, 2009

Insan Berbaju Hijau


Assalamualaikum...

Ingin daku berkongsi 'fikir' ttg iman dan amal di serambi ukhuwah ini. Hasil dari kuliyyah agama selepas Maghrib semalam. Syahdu kerna daku merasai diri ini makin jauh dari majlis2 ilmu. Moga Allah SWT membimbing daku dekat pada-Nya.

"Sebelum kebesaran ALLAH dapat masuk ke dalam diri kita, maka kita kene usaha utk keluarkan kebesaran makhluk dari diri kita. Yakin bahawa hanya ALLAH yg berkuasa dn makhluk tidak berkuasa sedikit pun. Umpama gelas yg berisi air hitam. Kita hendaklah buang air hitam itu sebelum mengisi semula dgn susu. Tidak boleh bercampur aduk antara air hitam dan susu. Tidak boleh bercampur antara kebesaran makhluk dan kebesaran ALLAH dalam diri kita." Itulah petikan ungkapan dari majlis ilmu semalam. Sama2 kita ambil iktibar.

Hari ini daku pergi ke ofis dgn t-shirt hijau. Terdetik di hati ini utk meraikan kemenangan pejuang Islam di Perak. Ketika production meeting, semua berjenaka ttg usul undi tidak percaya bagi menjatuhkan Senior Manager hehe... Tapi perjuangan belum selesai kerna Mahkamah Rayuan telah menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam huhu... Ternyata tiada 'karpet merah' dalam perjuangan Islam ini. Sama-sama kita renungkan....

Monday, May 11, 2009

Islam Gemilang!!!


Takbir berkumandang
Sorakan Bersahutan
Kemenangan telah datang
Cahaya telah kelihatan
Perak Darul Ridzuan
Negeri makmur aman
Telah kembali ke pangkuan
Perjuangan akan diteruskan
Syukur ke hadrat Ilahi
Kemenangan ditangisi
Ditabur janji
Untuk berjuang hingga mati


Bekam @ Cupping @ Al-Hijama


Assalamualaikum...
Syukur ke hadrat Ilahi atas nikmat dan izin-Nya dapat kita bertemu kembali di serambi maya ini. Selawat dan salam ke atas junjungan baginda Nabi Muhammad S.A.W dan juga para sahabat serta tabi'in yg telah banyak berkorban dengan usaha dakwah hingga kita di tanah melayu ini mendapat nikmat Agama ISLAM yg kita cintai...
Cuaca yg panas terik pd tgh hari semalam benar2 menduga iman. Ingin sahaja diriku berendam di kolam ais sambil menghirup minuman sejuk. Namun daku gagahi diri ini utk pergi berbekam @ cupping @ hijama di Seksyen 9 Shah Alam. Sesi berbekam selama 2 jam sambil bertubi2 soalan aku ajukan kepada doktor tersebut ttg rahsia berbekam dan hikmah disebaliknya. Rawatan yg aku pinta hanya fokus pd betis dan sendi kaki. Walaupun agak mahal, namun aku yakin dgn mutu dan kesucian rawatan ini. Malahan, rawatan ini juga satu Sunnah Baginda S.A.W. Kali terakhir daku berbekam adalah pada 3 tahun lepas.
Cupping Therapy (Al-Hijama)
A Cure For Every Disease, Pain and Ailment (By Allah's Permission)
Cupping (hijama) is the best remedy recommended and used by the Messenger (Sallallaahu Álayhi Wasallam). The Messenger (Sallallaahu Álayhi Wasallam) said, "Indeed the best of remedies you have is cupping (hijama)…" [Saheeh al-Bukhaaree (5371)].

Sunday, May 10, 2009

Madah Buat Bonda

Assalamualaikum pembuka bicara
Bertemu kembali di ukhuwah maya
Atas nikmat dan izin dari-Nya
Di hujung minggu daku bersengkang mata
Setelah penat seharian melata
Berpijak di atas bumi yg nyata
HARI IBU kini menjelma
Tapi daku jauh di mata bonda
Mencari rezeki di tengah kota
Ohhh bonda
Maafkan segala dosa anakanda
Daku sedar diri ini hina
Ohhh bonda
Pengorbanan bonda terhingga
Tidak ternilai dengan harta benda
Ohhh bonda
Doa diutus moga bonda bahgia
Madah dari anakmu Azri Azzahra



Saturday, May 9, 2009

2 Tahun 2 Bulan 2 Minggu 2 Hari


Assalamualaikum....
Alhamdulillah dengan izin Allah, daku baru terjaga dari mimpi yg indah. Nikmatnya bila dapat beradu di hujung minggu dan bebas dari bebanan kerja. Syukur lagi dan lagi kepada-Nya...
Semalam...genap 2 Tahun, 2 Bulan, 2 Minggu dan 2 Hari ukhuwah terjalin antara daku dn Azzahra. Tanggal 22.2 pada 2 tahun lepas menjadi memori indah bagi kami. Syukur kepada Allah atas 'hadiah' yg terbaik dalam hidupku. Namun daku sedar, 'hadiah' yg terbaik dan begitu bernilai pasti akan hadir dgn 1001 dugaan dan cabaran dari-Nya. "A GREAT GIFT COMES WITH A GREAT RESPONSIBILITY" Hehe...mcm qute dr filem Spiderman plak. InsyaAllah... Hingga bertemu kembali di serambi ukhuwah maya ini...

Thursday, May 7, 2009

Kisah Cinta Dalam Al-Quran


Assalamualaikum...

Bertemu lg di serambi ukhuwah ini ketika bulan dan bintang menjadi teman setiaku... Hanya sepatah dua kata yg ingin daku bicarakan. Lidah ini kelu malah mata ini kuyu...

InsyaAllah daku berazam utk membeli sebuah buku ilmiah setiap bulan. Jika daku mampu membaca mangga Naruto + One Piece hampir setiap minggu, pasti tiada masalah utk khatam sebuah buku sebulan. Tapi daku malu dgn diri sendiri kerna belum mampu khatam Al-Quran setiap bulan. Bagaimana pula dgn Azzahra?? InsyaAllah...mulakan langkah demi langkah kecil asalkan istiqamah... Kita mulakan dgn buku "Kisah Cinta Dalam Al-Quran" sbg manisan pembukaan..


Wednesday, May 6, 2009

Selamat Hari Pekerja!!!




Assalamualaikum....
Bertemu kembali di serambi ukhuwah ini. Alhamdulillah...diri ini masih mampu bernafas dengan izin-Nya. Alhamdulillah diri ini masih mampu berjalan dengan izin-Nya. Alhamdulillah jantung ini masih mampu berdenyut dengan izin-Nya. Segala puji hanya milik-Nya...
Tanggal 1 Mei yg jatuh pd hari Jumaat lepas amat2 aku nantikan sepanjang kalendar 2009. Pertama, kerana inilah pertama kali aku dgn rasminya layak menyambut Hari Pekerja sebagai seorang pekerja. Kedua, aku dpt extend cuti smpi ari Isnin semata2 untuk spend masa "bercuti bersama keluarga". Namun tanpa disangka, ungkapan "Bercuti bersama keluarga" menjadi bahan gurauan di ofis kerana hanya aku seorang cuti smpi Isnin hehe. Silap aku jgk, terlalu lurus dan bendul smpi email pd sume org..."Saya tidak dapat hadir production meeting kerana bercuti bersama keluarga"...hehehe
Memang benar daku puas spend masa dgn family. Shopping & berkelah di air terjun menjadi agenda utama. Terlintas juga di hati untuk menyiapkan repair report ketika bercuti, namun hanya angan2 kosong aje hehe...Rasa malassss je ingin kembali ke ofis...huhu... InsyaAllah berkat niat dan azam untuk mencari rezeki yg halal, pasti daku gagahi diri ini....

Tuesday, April 21, 2009

Resepi Kehidupan...



Alhamdulillah bertemu kembali di ukhuwah maya ini dengan limpah kurnia rezeki dari-Nya yg tidak terhitung nilainya...Nikmat kesihatan...Nikmat bernafas...Nikmat denyutan jantung... Ketika nikmat kesihatan telah tiada, ketika diri berhenti bernafas, ketika denyutan jantung terhenti...Lumrah manusia untuk kembali kepada-Nya.... Tarbiyyah buat diriku agar tidak leka yg ketika ini selesema, batuk2, sakit tekak dan demam... Moga menjadi kafarah kepada segala dosa yg telah daku lakukan...

Walau sibuk, walau sakit, walau sayu....Hanya memasak dan melakukan "R&D" dlm masakan menjadi hiburan buatku...Aku suka cuba2 dlm memasak, campur sana, campur sini, kadang sedap, kadang loya hehehe...Tapi daku tidak pernah serik kerana diriku sendiri yg menjadi "tester" dan "specimen" heheh. InsyaAllah...tatkala diri ini nanti bakal bergelar suami, ingin sangat daku membantu isteri di dapur...(^_^)

Sunday, April 19, 2009

Tarbiyyah Buat Diriku...

Assalamualaikum....

Alhamdulillah… Segala puji milik Allah SWT… Allahu Akhbar… Allah Maha Besar… Nasihat buat diriku yg leka…Penuhkan setiap detik dalam hidup ini dengan zikrullah atau mengingati Allah SWT… Itulah senjata yang paling utuh bagi menghadapi segala ujian dan cabaran dalam kehidupan… InsyaAllah…

Hampir 3 minggu aku menanggung kesakitan pada kaki kananku. Hasil X-Ray menunjukkan tiada masalah pada kakiku. Malah doctor juga hairan dan hanya memberikan suntikan ‘steroid’ dan ‘pain killer’. Alhamdulillah…Dengan izin-Nya dan berkat doa dari orang alim…Kini daku hampir sembuh… Tidak putus2 daku sujud syukur dan berdoa moga Allah SWT ampunkan dosaku dan dosa insan yg cuba menganianya diriku. Sukar bagiku menerima hakikat ini, namun daku gagahkan diri agar berusaha lebih gigih membanting tulang empat kerat ini mencari rezeki yg halal semata2 mencari keredhaan Allah SWT….InsyaAllah…. Hngga bertemu kembali di ukhuwah maya ini....

Tuesday, March 17, 2009

Outward Bound Malaysia

Assalamualaikum & Salam ukhuwah pembuka bicara...

Alhamdulillah...bertemu kembali di ukhuwah maya ini atas izin dan rahmat dari Allah SWT. Pantasnya masa berlalu meninggalkan insan yang masih leka dibuai mimpi nikmat dunia & kesibukan rutin harian. Nasihat khas untuk diriku yang kadangkala alpa walaupun pelbagai ujian & peringatan dari-Nya...

Aku baru pulang dari kursus Outward Bound Malaysia (OBM) di Lumut, Perak dari 15 Febuari hingga 1 Mac. Pelbagai kenangan pahit manis menjadi penyeri hidupku sepanjang kursus tersebut. Syukur segala keringat yang dicurahkan untuk pelbagai aktiviti lasak nyata berbaloi dan benar2 menguji kesabaran dan jati diri. Terima kasih buat majikan tercinta, TNB kerana menaja kami semua para eksekutif baru. InsyaAllah segala pengalaman dan semangat sepasukan yg terjalin dapat diterapkan dalam medan pekerjaan.