Sunday, May 11, 2008

Mother's Day Everyday...


Assalamualaikum....

Khas untukmu emak...
Tiada ungkapan yg mampu anakmu ini ungkapkan bg menggambarkan betapa pentingnya dikau dalam hidupku....
Of all I have....
You are still my precious....

Khemah Ibadah

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...Segala puji milik Allah. Syukur kepada-Nya atas nikmat Islam dan Iman... Syukur kepada-Nya atas nikmat mata yg mampu melihat dengan izin-Nya... Masih terngiang2 lg di benak hatiku akan drama di tv3 malam td. Kisah pengorbanan seorang ibu buta kepada anak lelakinya, namun dibalas dengan pandangan hina dina kerna kelemahan yg ada pada ibunya sedangkan ibunya sendiri yg telah menghadiahkan matanya untuk anak kesayangannya itu akibat kemalangan. Drama bertajuk "Demi Masa" antara drama teladan selain "Janji Seorang Anak" adalah antara sekelumit drama yg bermanfaat untuk ditonton. Namun hati ini agak sedih kerna drama2 dan siri2 drama yg lagha dan melalaikan jauh lebih banyak...

Hujung minggu aku kali ini diwarnai dengan Program Khemah Ibadah anjuran Sekolah Agama KAFA Integrasi Riadussalihin di Seksyen 17 Shah Alam. Aku dan 5 lagi rakanku hanya sebagai facilitator atau pemudahcara untuk 2 slot aktiviti sahaja. Namun kami tetap puas dan gembira kerna dapat beramah mesra dengan adik2 sekolah rendah dalam usaha membimbing dan mengajak mereka dekat kepada Allah. Terasa diri ini begitu kerdil kerna ilmu di dada masih kurang malah banyak lagi tentang diriku yg perlu dimuhasabah. Namun jauh di mata hati, keinginan untuk mentarbiyyah diri menggagahi diriku...Moga Allah redha pada pengorbanan kami ini...Kepada adik2, abang sentiasa mendoakan kejayaan antum semua di dunia dan akhirat...Kepada ustaz dan ustazah yg mengajar, moga tabah dan cekal dalam membimbing dan mengajar adik2 kami dengan penuh hikmah dan kasih sayang walaupun dihiasi dengan ketegasan...InsyaAllah...Hingga bertemu kembali...

Saturday, May 10, 2008

Salju Sakinah

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...Syukur kepada Ilahi dengan izin dari-Nya diri ini masih mampu melihat sang mentari. Cahaya terik yg memancari bilikku lantas membuat daku menggagahi diri untuk bangun. Dari semalam lg belakang pinggang aku lenguh dan sakit2 kerna salah posisi tidur. Astaghfirullah...mungkin aku lupa untuk mengamalkan adab2 tidur seperti mengiring ke kanan sambil tapak tangan kanan menjadi alas kepada muka. Rasulullah S.A.W kerap menangis memikirkan permasalahan umat akhir zaman hingga air mata baginda bertakung di telapak tangan baginda ketika tidur.... Permasalahan dan hal ehwal umat akhir zaman adalah agenda kita semua sebagai muslim...Sama2 kite muhasabah dan tarbiyyah diri...

Alhamdulillah...Novel berjudul "Salju Sakinah" karangan Zaid Akhtar telah tamat dibaca. Ingin aku tekankan di sini, novel tersebut bukanlah seperti novel pop kontemporari yg mengajak manusia leka dengan dunia cinta, sebaliknya "Salju Sakinah" adalah salah satu daripada sekelumit novel2 melayu yg berunsur irama Islamic. Santai untuk dibaca malah diterapkan dengan pelbagai unsur Islam berlatarbelakangkan kehidupan seorang siswazah di Universiti Yarmouk dan pengalaman menghidupkan usaha dakwah di kampung halaman yg sarat dengan mehnah dan ujian daripada masyarakat dan keluarga. Antara lain yg menjadi pendorong untuk aku membaca novel tersebut adalah kerna jalan cerita yg 'dekat di hati'. Kegigihan membangun dan mengusahakan industri kecil sederhana, IKS seperti perusahaan kerepek dan suasana kehidupan kampung di Batu Pahat seolah2 menggambarkan kehidupanku di kampung. Tambah mengejutkan, penulis novel tersebut iaitu Zaid Akhtar dalam kata2 penghargaan beliau di awal novel ada menyatakan tentang sebuah syarikat perusahaan kerepek, MK BERKAT ENTERPRISE. Percaya atau tidak, itulah syarikat IKS milik abah dan emak di kampungku. Masih menjadi tanda tanya di benak dadaku....Bagaimana penulis mengenali keluargaku dan perusahaan milik mak abah?? Apepun...syukur kepada Ilahi...Moga Allah bantu penulis dengan ilham dan semangat yang tinggi dalam usaha dakwah melalui pena beliau...Ameen...

Friday, May 9, 2008

Speed Racer

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...Dengan izin dari Allah...Bibirku ini masih manis berbicara, Lidahku ini masih petah berkata, Jari jemariku ini masih aktif menekan keyboard... Sume ini adalah izin dan rahmat dari Allah SWT buat hamba-Nya ini yg hina dina ini...

Malam semalam...aku dan rakan2 serumah pergi menonton wayang. Masing2 agak bosan dan hambar setelah berakhirnya kehidupan campus. Masing2 masih lg mengharap jawapan dari interview. Masing2 masih lg mengharap ihsan dari majikan untuk memberikan surat tawaran pekerjaan...Aku sendiri masih menanti jawapan dari Perodua & TNB...Walaupun aku meminati bidang automotif, namun abah dan emak tetap mendesak untuk menerima tawaran dari TNB jika aku berjaya setelah melepasi interview ke-2...InsyaAllah...aku pasti akan mendapatkan jawapan dengan istikharah sepertimana aku mendapat jawapan mengenai diriku dan azzahra.

Speed Racer...Watak seorang pelumba yg begitu menggilai perlumbaan hingga hampir gagal dalam persekolahan. Watak ini adalah comeback dari siri kartun popular yg menjadi kegemaranku sejak di bangku sekolah rendah...Siri perlumbaan kereta yg penuh cabaran dan kereta yg dilengkapi dengan pelbagai gadget seolah2 mengimbas semula kenangan lama...Tapi dalam movie ini, aku tidak berapa puas hati. Sejam pertama tenyata begitu bosan, namun sejam berikutnya baru terasa enjoy. But overall, a nice movie to watch with ur kids...hehe...

Thursday, May 8, 2008

Permaisuri Hatiku



Assalamualaikum...

Alhamdulillah...Segala puji milik-Nya yg telah menjadikan alam yg terbentang luas. Betapa kerdilnya diri ini di sisi-Nya...Betapa hinanya diri ini di sisi-Nya...Betapa jahilnya diri ini di sisi-Nya...Moga Allah SWT memberikan daku dan seluruh umat akhir zaman rahmat dan syafaat menuju jalan yg lurus...Ameen...

Kala ini...peluh masih mengalir membasahi diriku. Setelah lencun ketika membasuh baju di petang hari, aku mengajak rakan2 serumah membersihkan ruang tamu...Alhamdulillah, berkat usaha berjamaah maka segalanya terasa mudah dan menjadi penambah perisa untuk ukhuwah kami. Dah lama rasanya aku tidak exercise sejak sibuk dengan final year projek dari awal semester. Kini setelah semuanya qalas...maka kini dengan rasminya aku bergelar graduan. Namun...hari demi hari yg berlalu tanpa exercise membuatkan diriku ini terasa malas...Paling membimbangkan...Perut pula yg makin 'sihat'...huhuhu... Masih terasa lagi sindiran emak, abah dan adik2 ketika aku balik kampung...InsyaAllah...Aku akan berazam untuk berubah...InsyaAllah...

Saje ingin berkongsi nasyid bertajuk "Permaisuri Hatiku" nyanyian kumpulan Hijjaz. Aku telah menggabungkan pelbagai gambar2 dari koleksiku dan disatukan dengan lirik dan lagu tersebut...Moga segala kelemahan dapat dimaafkan...Dengan harapan azzahra tidak akan cemburu hehe...InsyaAllah...bertemu kembali di lain hari... Jazakallah...

Wednesday, May 7, 2008

Luruskan Saff

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...segala puji milik Allah... Dengan izin-Nya, aku kembali lg di ukhuwah maya ini semata2 untutk berkongsi coretan hidupku ini...Saban hari, masa berlalu dgn pantas. Malah aku terasa diri ini kosong tatkala berada dalam lingkaran rutin harian yg sama...Aku bimbang akn rutin harian hidupku yg semakin lalai & leka dengan juadah nikmat dunia yg lazat di pandangan mata...Namun hakikatnya juadah dunia ini adalah ujian & dugaan dari Allah buat hamba-Nya...Aku bimbang akan diriku ini yg jauh dari barisan saff hadapan...Malah saban hari aku semakin jauh ke belakang...Ya Allah... Bimbinglah daku dan seluruh umah Islam....

Hari ini, genaplah 25 Thn 1 Bln diriku dimamah usia...Namun ape yg telah diriku capai? Ape sumbangan daku untuk umat Islam sejagat? Sama2 kita muhasabah diri kita sebagai umat Islam yang pada bila2 masa akan dipanggil menghadap-Nya...Masih ingat lg daku akan nasihat abah tersayang. Abah sentiasa menasihati diriku ini agar mempunyai azam dn matlamat dlm hidup...Sbg contoh, abah telah menulis dlm helaian kertas kecil akan matlamat & cita2 abah yg perlu dicapai tatkala mencecah usia...Tak pasti samada abah masih simpan helaian kertas itu di dompet abah. Aku pula...ape matlamat diriku? InsyaAllah...Dengan izin-Nya...Dengan berbekalkan usaha dn ikhtiar... Aku berazam sebelum usiaku mencecah 27, aku telah mempunyai zaujah dan sebelum usiaku mencecah 30, aku telah mempunyai putera dan puteri. Pada ketika itu aku azam untuk menunaikan ibadah haji dan mempunyai karier yg stabil....

Ade beberapa perkara yg ingin aku kongsi di ukhuwah maya ini... Namun bibir ini kelu untuk berkata2...Malah jari jemari ini kaku untuk bermadah... Entahlah... Biarlah perkara2 ini menjadi asrar dalam hidupku. Mungkin ketika ini aku blurrr xtau ingin berceloteh ape...hehe... InsyaAllah...pasti ade perkara2 menarik untuk dikongsi pada masa hadapan...InsyaAllah...

Saturday, May 3, 2008

Iron Man

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... Dengan izin-Nya bertemu kembali di sini. Aku asyik menangguhkan niatku utk posting new entry kerna asyik bermain game Hellgate London. Huhu...terasa lagha kerana aku makin lalai tapi benarlah kata org bahwa benda lagha ni mmg addicted. Astaghfirullah... Bimbinglah hamba-Mu ini Ya Allah...

Aku berpeluang menonton filem Iron Man pada hari pertama tayangan di Malaysia. Suasana petang Rabu yg panas tidak menghalang aktiviti aku dan rakan2 serumah. Watak Iron Man merupakan salah satu watak superhero yg aku admire di zaman persekolahan dulu. Ia byk influence aku meminati bidang robotik dan mechanical... Hasilnya lahirlah seorang mechanical engineer yag nakal spt aku hehe. Terus terang aku katakan, filem Iron Man mmg benar2 mantap dr segi plot cerita, action, technology graphic dan humor. Truly the best movie in 2008 ahead of CJ7. Kalau 2007 aku memilih filem Transformers & 300 sebagai dua movies terbaik... Turut serta dalam movie Iron Man ialah dream car aku... Audi R8 seperti gambar di atas...