Saturday, May 3, 2008

Iron Man

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... Dengan izin-Nya bertemu kembali di sini. Aku asyik menangguhkan niatku utk posting new entry kerna asyik bermain game Hellgate London. Huhu...terasa lagha kerana aku makin lalai tapi benarlah kata org bahwa benda lagha ni mmg addicted. Astaghfirullah... Bimbinglah hamba-Mu ini Ya Allah...

Aku berpeluang menonton filem Iron Man pada hari pertama tayangan di Malaysia. Suasana petang Rabu yg panas tidak menghalang aktiviti aku dan rakan2 serumah. Watak Iron Man merupakan salah satu watak superhero yg aku admire di zaman persekolahan dulu. Ia byk influence aku meminati bidang robotik dan mechanical... Hasilnya lahirlah seorang mechanical engineer yag nakal spt aku hehe. Terus terang aku katakan, filem Iron Man mmg benar2 mantap dr segi plot cerita, action, technology graphic dan humor. Truly the best movie in 2008 ahead of CJ7. Kalau 2007 aku memilih filem Transformers & 300 sebagai dua movies terbaik... Turut serta dalam movie Iron Man ialah dream car aku... Audi R8 seperti gambar di atas...

No comments: