Wednesday, December 28, 2011

Day 5 : Terima Kasih Semua (^_^)



Assalamualaikum...

Hari ini seharian daku membantu Ummu Wafa memasak laksa (^_^) Resepi yang menjadi trademark & kegemaran keluarga Terengganu hehe... Alhamdulillah kami sempat menjemput Angah, Alang, Ateh & Iqbal sbg tanda penghargaan kami kerna mereka sentiasa berada di sisi Wafa & Ummu Wafa tatkala susah & senang (^_^) Terima kasih semua... Hanya Allah yang mampu membalasnya...

Tuesday, December 27, 2011

Day 4 : Shopping Sakan (^_^)



Assalamualaikum...

Cepatnya masa berlalu bila bersama Wafa & Ummu Wafa... Mujahadah sungguh bila berjauhan & hanya bertemu pada hujung minggu. InsyaAllah, pasti ade kemanisan & kebahgiaan di sebalik ujian ini (^_^).

Hari ni seharian kami sekeluarga berbelanja sakan untuk Wafa terutamanya coz banyak baju Wafa dh singkat huhu...Paling best dpt beli stoking + shoe utk Wafa...Comeyyy sgt...

Monday, December 26, 2011

Day 3 : Watching Sunset @ Bukit Ampang

Assalamualaikum...

Ku biar kalam berbicara...Tiada semanis kata yang mampu menggambarkan betapa indahnya saat2 kami sekeluarga bersama (^_^) Alhamdulillah....kami sekeluarga sempat melihat matahari terbenam di Bukit Ampang Lookout Point. Banyak yg telah berubah di sini sejak kali terakhir daku datang pada 5 tahun lepas. Yang pasti, mahal sgt makanan dijual, jd kami hanya berkongsi minuman hehe (^_^) Wafa pula 'tutuk' saat kami menikmati pemandangan indah huhu...








Day 3 : Berkelah @ Sungai Congkak

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dengan izin-Nya daku masih dpt berceloteh di serambi ukhuwah kami. Hari ini adalah hari ke-3 cuti (^_^) Alhamdulillah, time well spend with my beloved Ummu Wafa & Wafa (^_^)

Sungai Congkak mmg famous di Selangor, even during my early days at UNITEN, mmg kerap daku & rakan2 berkelah sambil relase stress di Sungai Congkak. Namun first experience daku with Ummu Wafa which related to Sungai Congkak is, kami tersesat ketika mencari lokasi Sungai Congkak, and ended up at Jalan Sungai Congkak, Shah Alam (-_-) Sume salah GPS Garmin hehe...

Alhamdulillah, seronok dpt spend masa bersama Ummu Wafa & Wafa sambil menikmati deruan air sungai yg sejuk. Ini juga adalah kali pertama Wafa berkelah bersama kami di Air Terjun. Lesson learn this time, NEVER EVER IN A MOMENT, LOSE YOUR SIGHT ON YOUR CHILD AT THE WATERFALL.... (-_-)



Day 2 : Family Trip to KL via LRT??

Assalamualaikum...

Alhamdulillah setelah penat seharian memandu, daku terlena dr tengah hari sehingga petang. Kesian Ummu Wafa keseorangan di dapur memasak (-_-) Teringat pesanan keluarga di kampung, setiap penat lelah seorang isteri @ suami ketika berkhidmat untuk keluarga, adalah satu ibadah & pasti ada ganjaran drpd Allah SWT (^_^)

Kami sekeluarga pergi ke KL malam ni dengan menaiki tren kerana naluri hati ini berkata KL akan jem teruk kesan drpd cuti Krismas. Namun jangkaanku silap, sebaliknya tren yang sibuk dgn penumpang. Kesian Ummu Wafa & Wafa berhimpit2 (-_-) Kami ke Low Yat Plaza untuk membeli GPS Garmin & Camera bagi kegunaan keluarga. Alhamdulillah, hujung tahun ini dapat sedikit bonus yg boleh daku manfaatkan buat keluarga (^_^) Selebihnya adalah savings untuk Wafa & Ummu Wafa.


Day 2 : First Time Jumpa Usamah (^_^)



Assalamualaikum...

Alhamdulillah bertemu kembali di serambi ukhuwah kami. Moga segala memori & kenangan terindah yang tercipta dalam keluarga kami sentiasa di bawah naungan & redha Allah SWT.

Hari ini adalah kali pertama daku dpt bertemu Usamah setelah beliau berusia hampir 2-bulan (^_^) Maaf ye Ayah Chik lambat jumpa kerna sibuk dgn urusan kerja di Pasir Gudang hehe...Moga hadiah baju sejuk 'teddy bear' dpt memujuk beliau (^_^) InsyaAllah, Wafa, Maysaa & Usamah bakal mengaji & belajar satu kelas kelak. Moga kesemua mereka menjadi para hafiz & hafizah yang istiqamah memperjuangkan Islam (^_^)

Friday, December 23, 2011

Day 1 : The Beginnings...



Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dgn izin-Nya daku selamat tiba di Gombak hari ini. Allah permudahkan segala kesulitan yg aku alami ketika menaiki LRT ke Gombak setelah kali terakhir pada 10 tahun lepas ketika daku menuntut A Level di Petaling Jaya. Cepatnya masa berlalu...

Sepanjang petang daku menjadi 'babysitter' kepada puteri kesayangan kami Nur Wafa Safiyya tatkla Ummu Wafa pergi ke kelas. Telatah & karenah Wafa terutama ketika makan, minum & ingin tido benar2 mencuit hati ini hehe (^_^)

InsyaAllah malam ni kami sekeluarga ingin melawat keluarga Abg Long di Shah Alam. Daku masih belum berkesempatan untuk bertemu ahli keluarga baru mereka, Usamah (^_^) Cuaca petang hingga malam ini hujan renyai2...Jika berkesempatan teringin juga melawat sahabat2 lama ketika di universiti... Subhanallah, cepatnya masa berlalu...

Kembara Ukhuwah



Alhamdulillah...daku baru saja tiba di Terminal Bas Bandar Tasik Selatan. Kini bermulanya cuti yang panjang daku di KL after long exhausting journey during Gas Turbine Alstom 13DMC Major Overhaul which is the first in the world for its kind. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dengan doa & usaha yang hanya disandarkan pada Allah SWT.

Dah lama daku xnaik bas, masih segar di ingatan ketika last balik kampung di Terengganu bersama isteri ketika beliau sarat mengandung. Ini juga adalah kali pertama daku tiba di Terminal Bas Bandar Tasik selatan, walaupun sebelum ni saban hari daku melihat dr tepi highway ketika kami sekeluarga tinggal di Alam damai, Cheras.

Tak sabar rasanya ingin bertemu Ummu Wafa & Wafa. Baru diri ini sedar betapa perit letih isteriku & puteriku saban minggu pulang ke Pasir Gudang menaiki bas. Moga Allah berkati segala pengorbanan & mujahadah keluarga kami. InsyaAllah daku akan bercuti hingga Selasa minggu hadapan... A Long Holiday, After A Long Major Overhaul hehe...

Monday, December 19, 2011

1..2..3..4..


Assalamualaikum...

Alhamdulillah, syukur kepada-Nya kerna daku masih berkesempatan untuk mencoret di serambi ukhuwah kami. Hari ini, genap 1 TAHUN, 2 BULAN, 3 MINGGU & 4 HARI perkahwinan kami. Alhamdulillah, keluarga kami bertambah seri dengan kehadiran puteri sulung kami Nur Wafa Safiyya yang tak lekang drpd melemparkan senyuman. Berbunga hati ini melihat senyuman yang ikhlas, tulus & suci daripada insan yang suci drpd dosa. Subhanallah....