Saturday, November 26, 2011

Maal Hijrah Sebagai Suami & Ayah (^_^)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah segala puji milik Allah...Terasa syahdu malam ni kerana daku keseorangan menyambut kedatangan Maal Hijrah tatkla Isteri & Puteri kesayanganku berkelana menuntut ilmu di UIA Gombak. Masih segar di ingatan, tahun lepas daku menyambut Maal Hijrah hanya berdua bersama isteriku. Kami berkongsi duduk di atas tikar sajadah membaca Doa Awal & Akhir tahun. Tahun ini kami tetap bersama membaca doa & menanam azam walaupun berjauhan. Kehadiran puteri kesayangan kami Nur Wafa Safiyya menambah seri Maal Hijrah tahun ini. Moga kami menjadi Ayah & Ummi yang terbaik untuk Wafa (^_^)

Ziarah Keluarga Tok Wan di Ipoh

Assalamualaikum...


Kembali semula di serambi ukhuwah kami. Daku teringat Sabtu lps 19 Nov 2011 adalah kali pertama puteri kesayangan kami Nur Wafa Safiyya bertemu keluarga Tok Nyang di Ipoh. Sepuluh jari kami hulurkan utk mohon keampunan kerana tidak kesempatan untuk ziarah keluarga di Ipoh lebih awal kerana komitmen kerja. Tahniah juga kami ucapkan kepada keluarga Mak Ngah atas kehadiran menantu baru (^_^) Wafa pula gembira di samping sepupu-sepupu yang bakal belajar sekelas kelak hehe...Moga semua cepat hafaz Al-Quran & menjadi mujahidah solehah...Ameen...


Memorable Moment at Port Dickson

Assalamualaikum....


Alhamdulillah...masih sempat daku mencoret sesuatu di laman ukhuwah kami. Terlalu banyak kenangan manis kami namun tidak sempat dipahat di laman ini. Sekadar ingin berkongsi kenangan kami sekeluarga bercuti di Port Dickson sambil daku menghadiri seminar pada 21-22 November 2011. Kami sekeluarga menginap di Avillion Admiral Cove. First time Wafa join kami outstation. Very memorable moment (^_^) Alhamdulillah....