Wednesday, April 30, 2008

Sleepy Hubby...

Assalamualaikum....
Syukur Alhamdulillah kerna diri ini masih lagi berdiri di atas muka bumi dengan izin dari-Nya. Sebelum tibanya saat diri ini berada di bawah muka bumi... sendirian... kegelapan... jasad dimamah tanah... menanti persoalan malaikat. Sudahkan kita bersedia menempuh saat2 yang getir itu...? Sama2 kite muhasabah diri kita dan membuat persiapan secukupnya.
Seperti biasa...saat2 yang berlalu terasa begitu pantas meninggalkan daku. Cuaca panas terik pada hari ini membuat aku menanti2 kehadiran sang rembulan yang menerangi malam. Dengan izin-Nya...sang rembulan langsung tidak mempunyai kuasa malah Allah SWT yg berkuasa merancang segalanya. Kehadiran malam berteman sang rembulan tetap didampingi oleh kehangatan malam hingga aku menggagahi diri tidur tanpa baju (-_-) Setelah tamatnya zaman kampus, entah kenapa aku jarang tidur petang. Dahulu aku kerap pulang ke rumah after class semata2 untuk tidur. Kini aku mengisi masa petang dgn surfing internet atau membaca buku. Namun aku tetap redha & berasa bahgia dgn gelaran "Sleepy Hubby" yg diberikan oleh azzahra.
Malam yg panjang terasa begitu singkat kerna daku hanya berada di alam mimpi selama 2 jam. Aku bangkit jam 3 pagi semata2 untuk menonton Champions League Semi Final antara Man United vs Barcelona. Dengan kehadiran 3 kelab EPL kecuali Arsenal membuat aku hilang mood. Namun aku gagahi diri for the sake of football passion hehehehe... Namun aku pulang kecewa kerna Barcelona tewas huhu... Sampai di rumah, aku mengambil kesempatan untuk menghadap-Nya dalam tahajjud... Aku sedar kini telah lalai dengan nikmat dunia yg manja membelai diriku ini. Ya Allah...bimbinglah hamba-Mu ini... Ameen... Aku sempat berdoa moga dipermudahkan azzahra menjawab soalan exam... Ameen... InsyaAllah, hingga bertemu kembali dalam coretan tinta ukhuwah






Monday, April 28, 2008

A Tribute To Palestine

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, segala puji milik Allah SWT...Dengan izin dari-Nya jari jemariku ini masih mampu bertasbih...Dengan izin-Nya dahiku ini masih mampu mencecah ke sajadah...Dengan izin-Nya bibirku ini masih mampu memuji dan bersyukur atas segala nikmat dari-Nya...

Masa yg berlalu terasa begitu pantas hari ini. Tambahan pula cuaca yg redup dan hujan renyai-renyai seolah2 menggoda aku agar setia di kamar tidur. Namun aku tetap gagahkan diri walaupun sang mentari telah terbang tinggi. Aku terus mencapai laptop yg setia menemaniku sepanjang malam. Aku melayari blog, check email dan membaca berita. Itulah rutin seharianku bile menghadap screen computer. Petang hari, aku keluar mencari buku untuk dibeli namun kecewa kerana tiada satu kedai pun yg menjual buku itu. Mungkin ini satu ujian dari-Nya...

Aku baru menemui satu laman web electronicintifada.net yang menceritakan lebih lanjut suasana di Palestine. Pasti ramai yg lupa akan keadaan saudara seIslam kita di bumi Palestine. Yelah, kita leka dgn keamanan dan manja dengan pelbagai nikmat yg merupakan ujian dari-Nya... Tanpa disedari, tibanya tahun 2008 menandakan genapnya 60 tahun bumi Palestine dijajah oleh kaum Yahudi. Berdiri teguh di belakang Yahudi adalah Amerika yang mengaku sebagai polis dunia sebaliknya merekalah yg layak digelar sebagai terrorist. Sebagai Muslim yang yakin pada bantuan dari Allah, satu hari nanti pasti akan tiba hari kehancuran buat musuh2 Islam ini. Islam sedang bangkit dengan gemilang di seluruh dunia. Kebangkitan Islam ini telah menimbulkan ketakutan di wajah musuh2 Islam.

Ade beberapa fakta yang ingin aku kongsi...

"Motorola is involved in the destructive actions of the Israeli army in Gaza, the West Bank and during the 2006 invasion of Lebanon. The information in the divestment report of NEUMC shows that Motorola supplies the Israeli army with different types of fuses for its highly explosive bombs, for example the 980 Low Altitude Proximity Fuse that is said to dramatically increase ammunition effectiveness against soft and light targets."

"A pressure group CAMERA is orchesting a secret, long term campaign to infiltrate the popular online encyclopedia WIKIPEDIA to rewrite Palestinian history, pass off crude propaganda as fact and take over WIKIPEDIA administrative structures to ensure these changes go either undetected or unchallenged."







Nostalgia Rumah Sewa

Assalamualaikum....

Alhamdulillah...bertemu kembali di alam maya dengan izin dan rahmat dari-Nya. Selawat dan salam buat nabi junjungan kite, Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Cuaca hari ini yg panas terik adalah ujian dan tarbiyyah dari Allah S.W.T. Aku masih setia menghadap PC aku di tingkat bawah umah sewa walau haba dari PC menambahkan lg suasana panas terik di luar. Namun, tingkat bawah umah sewa adalah kawasan paling nyaman di dalam umah... Aku sudah lupe berapa kali aku terlena memeluk kusyen di hadapan televisyen hehe...

Cepatnya masa berlalu...Tanpa aku sedari telah hampir 2 tahun aku menetap di luar kampus. Kawasan perumahan Seksyen 8 Bangi menyimpan 1001 kenangan buatku dan rakan2 serumah. Mengimbas semula saat2 kami 8-serangkai pada 2 tahun lepas... Setiap saat penuh dengan gurau senda dan gelak ketawa malah duka hiba turut menjadi rencah kehidupan kami. Kami berkelah sama2, beriadah sama2, bermain computer game sama2, menonton bola sama2 dan banyak lagi....tp kami x mandi sama2 yer hehe... di depan pintu pagar umah sewa ini juga aku pernah mengalami kemalangan paling menyakitkan dlm hidupku hingga kini aku fobia bile menunggang motor bersama rakanku. Malah pengalaman umah sewa dipecah masuk pencuri ketika 2 org rakanku sedang lena tidur juga menjadi pengalaman tragis buat kami. Akibatnya laptop yg banyak berjasa padaku telah menjadi korban. Inilah asam garam hidup sebagai student. Kini segala hampir ke penghujung. Aku telah berbincang bersama tuan rumah yg berbangsa India malam tadi. Aku berasa lega atas layanan baik tuan rumah kepada kami. Inilah saat2 terakhir kami di sini sebelum tibanya pertengahan bulan Mei. Aku pula merancang untuk berpindah ke umah sewa yg lebih hampir dengan tempat kerja baruku nanti. 2 tahun setengah pengalaman umah sewa di Petaling Jaya dan ditambah pula 1 tahun setengah pengalaman umah sewa di Bangi....kenapa aku x pernah jemu? mungkin kerana suasana riuh rendah dan hiruk piruk bersama rakan2 serumah buat aku merindui mereka. Friends Forever....


Sunday, April 27, 2008

Mayada : Daughter Of Iraq

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...Syukur kepada Allah atas nikmat Islam dan Iman. Dua perkara yg menjadi tunjang dalam hidup kita sebagai mukmin. Kejayaan umat Islam hanya dengan taat pada perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya serta berpegang pada sunnah Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Namun kini masih ramai yg leka dibuai alam mimpi indah dengan mengikuti jalan para Yahudi dan Nasrani. Sama2 kite muhasabah diri kerna aku juga insan yg lemah yg masih mengharap bimbingan.
Hujung minggu ini aku habiskan dengan tido yang panjang hingga mendapat gelaran "Sleepy Hubby" dari azzahra. Hehe...aku redha dengan panggilan manja itu. Setelah jaga dari tidur, aku gemar mencapai ape2 bahan bacaan yg ade berhampiran denganku. Antara yg kerap menjadi 'mangsa' ialah komik Dik Cerdas yg begitu lucu dan benar2 mencuit hati. Aku dan azzahra mempunyai minat dan passion yg sama terhadap Shin Chan iaitu watak comel dlm Dik Cerdas yg begitu nakal dan kelakar.
Ingin aku berkongsi ttg novel english berjudul Mayada : Daughter of Iraq. One Woman's Survival in Saddam Hussein's Torture Jail. Ia mengisahkan Mayada Al-Askari yg telah dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai pengaruh besar di Iraq. Apabila Saddam Hussein dan Parti Baath merampas kuasa, beliau tidak menyangka bahwa bermula sejarah hitam dalam hidupnya. Hinggalah tibanya pagi 1999 yang menyaksikan beliau ditahan oleh secret police of Saddam dan dipenjarakan di Baladiyat atas dakwaan mencetak bahan anti kerajaan. Segalanya berkisar ttg pengalaman beliau diseksa di penjara dan sejarah silam yg melibatkan keluarga beliau dan bumi Iraq. Novel ini telah aku beli hampir 5 tahun lepas dan telah berdebu sebelum aku menyedari betapa dalamnya maksud yg tersirat dan tersurat yg cuba disampaikan oleh penulis novel ini. Dalam sehari hampir 200 ms aku habiskan tanpa aku sedari. Lagipun begitu banyak masaku terluang setelah tamat alam kampus.
Malam hujung minggu aku habiskan dgn menonton perlawanan bola sepak liga perdana inggeris. Persaingan merebut kejuaraan liga perdana mencapai klimaks yg menyaksikan 2 kelab besar iaitu Chelsea dan Manchester United bertarung sengit. Kelab Arsenal yg menyaksikan aku sebagai salah seorang penyokong setia hanya mampu berpuas hati dgn kedudukan ketiga liga. Walaupun Arsenal mempamerkan 'attractive football' namun belum cukup untuk menjamin kejayaan. Aku sebenarnya anti-Chelsea kerna kehadiran pengurusnya yg berbangsa Yahudi. Dan aku juga anti-Manchester kerna sikap sombong dan angkuh penyokongnya...hehe, ntah ape2 aku ni kan. Perlawanan malam td menyaksikan Chelsea menang 2-1 dan terikat dgn 81 mata bersama Manchester walaupun perbezaan jaringan gol ternyata berpihak pd Manchester dgn berbaki 2 perlawanan. Best team will win... And I'm still loyal to Arsenal....






Saturday, April 26, 2008

Jalan-Jalan Cari Buku



Assalamualaikum...

Alhamdulillah...Segala puji milik Allah. Syukur atas segala nikmat dan kurnia-Nya, aku masih dapat lg menggagahi jari jemariku ini untuk berceloteh di ukhuwah maya ini.

Jam di handphone aku sudah menunjukkan jam 2.34 pagi. Suasana di rumah sewaku tetap meriah dengan 1001 telatah daripada rakan-rakan. Ade yang gelak sendirian menonton drama bersiri streaming di internet. Ade yang gigih bermain online game...malah ade yg ngigau walaupun kelihatan lena dibuai mimpi...hehe. Aku masih lg segar setelah tidur lena selepas Maghrib td. Mungkin kerana keletihan setelah sepetang di luar atas pelbagai urusan. Petang td aku dan 2 orang rakanku sibuk dgn urusan bayaran bil di pejabat pos. Kemudian kami bergegas ke kedai komik untuk menyewa buku. Suasana yg tenang & damai buat kami leka hingga tidak sedar cepatnya masa berlalu. Aku begitu asyik membaca komik "Wira Tunggal: Pendekar Laut". Entahla....terasa memori zaman remaja dahulu ketika obses membaca komik menghantui diriku ni. Aku kini bukan saja obses dgn komik, malah 'manga' dari Jepun. Aku kembali muhasabah diriku ini seletah terjaga dari tidur... Lantas aku melayari internet mencari buku2 ilmiah @ novel2 islamic yang satu ketika dulu menjadi teman setia di kala sunyi. Aku cuba untuk mengimbangi semula bahan2 bacaan dalam hidupku. Ketika usia muda dahulu, aku pernah impikan sebuah mini library yg penuh dengan pelbagai jenis bahan bacaan. Aku pernah mempunyai koleksi komik yang begitu banyak sehingga mak terpaksa membakar semuanya kerana tiada keseimbangan dalam bahan bacaanku. Kini aku ingin membina kembali impianku itu. Namun aku ingin mengumpulkan bahan2 bacaan ilmiah dan juga bahan2 bacaan relax seperti komik. Alhamdulillah...kini impianku hampir tercapai. Cuma aku ingin menambahkan lagi koleksi bahan2 bacaanku. Ermm....mata dah semakin sayu. Azzahra telah lama lena dibuai mimpi. Aku bersyukur atas segala nikmat dari-Mu Ya Rabbi....

Thursday, April 24, 2008

Job Seeker

Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur kepada Allah atas segala nikmat yg tak terhingga banyaknya kepada diriku ini... Selawat dan salam buat Rasul junjungan baginda Nabi Muhammad s.a.w atas segala pengorbanan baginda hingga Islam tersebar ke seluruh pelusuk alam ini.

Dalam 2 hari kebelakangan ini aku benar2 sibuk dgn urusan job interview untuk mendapatkan pekerjaan. Maklumlah aku sedar diriku kini sudah bergelar sbg graduan universiti. Aku x mahu bertangguh2 dalam urusan pekerjaan kerana aku sedar akan tanggungjawab aku pada keluarga dan juga masa depan. 2 hari lepas, interview bersama TNB benar2 buat aku keletihan. Bayangkan interview dilakukan dlm bentuk group discussion dan individual presentation on general issue. Alhamdulillah aku dpt tempuhi dgn hati yg tenang... Hari ini pula aku terpaksa bangun seawal jam 5 pagi semata2 untuk membuat persiapan untuk interview di Perodua. Perjalanan dari Bangi ke Rawang dalam suasana hujan lebat benar2 menduga keimanan aku. Betapa sabar doa dan tawakkal menjadi bekalan terbaik sebagai pemandu berhemah hehe...Tambahan pula aku adalah first candidate utk sesi pagi. Jadi seharusnya aku memberi first impression yg terbaik dgn datang awal...

Saje aku ingin berkongsi screen shot dari game Assassin's Creed. Game yg berlatar belakang kota Damascus, Acre dan Jurusalem ketika zaman sebelum Islam menawan kota Palestin yg diterajui oleh Salahuddin Al-Ayubi. Ape yg menarik pada game ini ialah kualiti graphic dan gameplay yg benar2 buat aku addicted. Tambahan pula suasana kota Palestin yg sebelum ini tak pernah aku terokai secara terperinci dpt aku explore di alam maya. Game ini berkisah kepada Altair seorang assassin atau pembunuh upahan yg ditugaskan untuk membunuh pemimpin2 kanan yg disyaki belot pd penguasa ketika itu. Bagaimanapun banyak agenda2 tersembunyi dan twist yg benar2 membuat aku terkejut dgn jalan cerita dlm game ini. Bear in mind...aku bukan nak jadi seorang asassin dlm post kali ini hehe...Mujur xde interview untuk jawatan assassin kan. InsyaAllah moga bertemu kembali....

Tuesday, April 22, 2008

A Tribute To My Youngest Brother



Assalamualaikum...

Alhamdulillah...Kembali lagi di blog ini dengar pelbagai kisah & celoteh tentang diriku ini. Hari ini masa berlalu dengan pantas tanpa daku sedari. Hampir kebanyakan masa aku luangkan di hadapan PC bermain game Assassin'n Creed. Aku admit...diriku ini mudah obsessed dengan game hingga lalai leka...Alhamdulillah, Azzahra setia mengingati diriku ini walau dia sedang menumpukan tumpuan pada final exam.

Kebelakangan ini daku kerap bermimpi tentang insan2 yang begitu daku sayangi. Mungkin kerana rindu akibat lama tidak bertemu. Daku pernah bermimpi tentang adik bongsu yg kini baru berumur 4 bulan. Jangan terkejut, di kala usiaku yg baru mencecah 25 tahun pun masih lagi mampu mempunyai seorang adik bongsu. Mungkin ini rezeki mak dan abah... Rasa tenang sangat melihat wajah adikku yg tenang & damai... Suci umpama kain putih yang belum diwarnai lagi dengan corak2 kehidupan yg penuh ranjau ini. Moga Allah berikan petunjuk buat adikku...

Daku masih ingat lagi saat2 kelahiran adikku. Kala itu aku sanggup bercuti dari kesibukan kampus semata2 untuk pulang menemani mak di kampung. Abah pula berdebar2 menanti kelahiran ahli keluarga baru kami. Aku sempat mengambil gambar adikku sejam selepas kelahiran. Moga ia bakal menjadi memori paling berharga buat keluarga kami. Nama diberi ialah Amer Azamuddeen yang bermaksud pemimpin yg bersemangat agama. Terima kasih buat Azzahra yang memberikan nama yang begitu indah buat adik kami. Moga Amer bakal membesar menjadi pemimpin yang bakal menegakkan kembali Islam di muka bumi ini. Ameen....

Monday, April 21, 2008

Penutup Tirai...


Assalamualaikum...

Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Ilahi di atas limpah kurnia-Nya diri ini masih mampu bernafas, masih mampu menghirup udara segar tanpa sebarang caj dari-Nya... Hampir setahun aku menyepi dari blog ukhuwah ini kerana komitmen study. Alhamdulillah dgn izin-Nya dapat aku kembali...

Dalam setahun ini banyak peristiwa yg mewarnai diriku ini... Satu demi satu ujian dan dugaan dapat aku tempuhi dengan redha-Nya. Nikmat yg tak ternilai dari-Nya menjadi dugaan buat diriku agar tidak lena dibuai alam mimpi. Kehadiran Azzahra dlm hidupku bagaikan mimpi...namun aku sedar bahawa 'hadiah' ini adalah ujian buat diriku...

Aku baru sahaja selesai final year project utk ijazah. Dan hari ini adalah hari yg bersejarah buat diriku apabila dgn rasminya aku telah menyempurnakan pengajianku sepanjang 4 tahun di universiti. Thesis berwarna dark brown setebal hampir 100 muka surat umpama penutup tirai kepada pengajianku di kampus... Namun tiada titik noktah dalam menuntut ilmu kan... Aku tidak berniat lagi untuk sambung Master kerana 'mood' aku kini lebih tertumpu kpd alam pekerjaan... InsyaAllah... Masanya akan tiba untuk aku melangkah ke alam baru....