Monday, April 28, 2008

Nostalgia Rumah Sewa

Assalamualaikum....

Alhamdulillah...bertemu kembali di alam maya dengan izin dan rahmat dari-Nya. Selawat dan salam buat nabi junjungan kite, Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Cuaca hari ini yg panas terik adalah ujian dan tarbiyyah dari Allah S.W.T. Aku masih setia menghadap PC aku di tingkat bawah umah sewa walau haba dari PC menambahkan lg suasana panas terik di luar. Namun, tingkat bawah umah sewa adalah kawasan paling nyaman di dalam umah... Aku sudah lupe berapa kali aku terlena memeluk kusyen di hadapan televisyen hehe...

Cepatnya masa berlalu...Tanpa aku sedari telah hampir 2 tahun aku menetap di luar kampus. Kawasan perumahan Seksyen 8 Bangi menyimpan 1001 kenangan buatku dan rakan2 serumah. Mengimbas semula saat2 kami 8-serangkai pada 2 tahun lepas... Setiap saat penuh dengan gurau senda dan gelak ketawa malah duka hiba turut menjadi rencah kehidupan kami. Kami berkelah sama2, beriadah sama2, bermain computer game sama2, menonton bola sama2 dan banyak lagi....tp kami x mandi sama2 yer hehe... di depan pintu pagar umah sewa ini juga aku pernah mengalami kemalangan paling menyakitkan dlm hidupku hingga kini aku fobia bile menunggang motor bersama rakanku. Malah pengalaman umah sewa dipecah masuk pencuri ketika 2 org rakanku sedang lena tidur juga menjadi pengalaman tragis buat kami. Akibatnya laptop yg banyak berjasa padaku telah menjadi korban. Inilah asam garam hidup sebagai student. Kini segala hampir ke penghujung. Aku telah berbincang bersama tuan rumah yg berbangsa India malam tadi. Aku berasa lega atas layanan baik tuan rumah kepada kami. Inilah saat2 terakhir kami di sini sebelum tibanya pertengahan bulan Mei. Aku pula merancang untuk berpindah ke umah sewa yg lebih hampir dengan tempat kerja baruku nanti. 2 tahun setengah pengalaman umah sewa di Petaling Jaya dan ditambah pula 1 tahun setengah pengalaman umah sewa di Bangi....kenapa aku x pernah jemu? mungkin kerana suasana riuh rendah dan hiruk piruk bersama rakan2 serumah buat aku merindui mereka. Friends Forever....


No comments: