Sunday, April 27, 2008

Mayada : Daughter Of Iraq

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...Syukur kepada Allah atas nikmat Islam dan Iman. Dua perkara yg menjadi tunjang dalam hidup kita sebagai mukmin. Kejayaan umat Islam hanya dengan taat pada perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya serta berpegang pada sunnah Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Namun kini masih ramai yg leka dibuai alam mimpi indah dengan mengikuti jalan para Yahudi dan Nasrani. Sama2 kite muhasabah diri kerna aku juga insan yg lemah yg masih mengharap bimbingan.
Hujung minggu ini aku habiskan dengan tido yang panjang hingga mendapat gelaran "Sleepy Hubby" dari azzahra. Hehe...aku redha dengan panggilan manja itu. Setelah jaga dari tidur, aku gemar mencapai ape2 bahan bacaan yg ade berhampiran denganku. Antara yg kerap menjadi 'mangsa' ialah komik Dik Cerdas yg begitu lucu dan benar2 mencuit hati. Aku dan azzahra mempunyai minat dan passion yg sama terhadap Shin Chan iaitu watak comel dlm Dik Cerdas yg begitu nakal dan kelakar.
Ingin aku berkongsi ttg novel english berjudul Mayada : Daughter of Iraq. One Woman's Survival in Saddam Hussein's Torture Jail. Ia mengisahkan Mayada Al-Askari yg telah dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai pengaruh besar di Iraq. Apabila Saddam Hussein dan Parti Baath merampas kuasa, beliau tidak menyangka bahwa bermula sejarah hitam dalam hidupnya. Hinggalah tibanya pagi 1999 yang menyaksikan beliau ditahan oleh secret police of Saddam dan dipenjarakan di Baladiyat atas dakwaan mencetak bahan anti kerajaan. Segalanya berkisar ttg pengalaman beliau diseksa di penjara dan sejarah silam yg melibatkan keluarga beliau dan bumi Iraq. Novel ini telah aku beli hampir 5 tahun lepas dan telah berdebu sebelum aku menyedari betapa dalamnya maksud yg tersirat dan tersurat yg cuba disampaikan oleh penulis novel ini. Dalam sehari hampir 200 ms aku habiskan tanpa aku sedari. Lagipun begitu banyak masaku terluang setelah tamat alam kampus.
Malam hujung minggu aku habiskan dgn menonton perlawanan bola sepak liga perdana inggeris. Persaingan merebut kejuaraan liga perdana mencapai klimaks yg menyaksikan 2 kelab besar iaitu Chelsea dan Manchester United bertarung sengit. Kelab Arsenal yg menyaksikan aku sebagai salah seorang penyokong setia hanya mampu berpuas hati dgn kedudukan ketiga liga. Walaupun Arsenal mempamerkan 'attractive football' namun belum cukup untuk menjamin kejayaan. Aku sebenarnya anti-Chelsea kerna kehadiran pengurusnya yg berbangsa Yahudi. Dan aku juga anti-Manchester kerna sikap sombong dan angkuh penyokongnya...hehe, ntah ape2 aku ni kan. Perlawanan malam td menyaksikan Chelsea menang 2-1 dan terikat dgn 81 mata bersama Manchester walaupun perbezaan jaringan gol ternyata berpihak pd Manchester dgn berbaki 2 perlawanan. Best team will win... And I'm still loyal to Arsenal....






No comments: