Sunday, January 28, 2007

Nota untuk para sahabat

Assalamualaikum....
Terima kasih untuk sahabatku semua....
Di bawah satu bumbung kita semua berteduh....
Ceria dan duka dikongsi bersama...
Gurau senda umpama resepi harian kita....
Masih ingatkah dikau semua....
Memori semalam....
Tahniah buat semua atas segalanya....

UKHUWAH ITU BUKAN TERLETAK PADA PERTEMUAN....BUKAN PADA MANISNYA UCAPAN DI BIBIR...TETAPI PADA INGATAN SESEORANG TERHADAP SAUDARANYA DI DALAM DOANYA....
-IMAM AL GHAZALI-

Nota untuk emak

Assalamualaikum....

Khas untukmu emak...Tiada ungkapan yg mampu anakmu ini ungkapkan bg menggambarkan betapa pentingnya dikau dalam hidupku....
Of all I have....You are still my precious....

Thursday, January 25, 2007

Ilmu yang membahagiakan

Assalamualaikum...
Alhamdulillah...dengan izin-Nya, aku gagahkan jari-jemariku ini untuk menulis di warkah ukhuwah kali ini. Demam & batuk2 yg aku alami kali ini seolah-olah petanda dari Allah SWT untuk aku muhasabah kembali diri ini. Azam yg ingin aku gapai untuk Maal Hijrah 1428 begitu mujahadah untuk ditempuhi...

"Katakanlah kepada lelaki-lelaki yg beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yg demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka buat" -AnNur: 30-

Minggu ini ade banyak Mid Term Test untuk aku tempuhi. Satu demi satu 'paper' yg aku hadapimenguji keimanan & keyakinan aku kepada bantuan-Nya. Ade satu paper yg mampu membuat aku menangis, Alhamdulillah aku masih mampu untuk gagahkan diri ini tersenyum di hadapan sahabat-sahabatku...

"Jika anda ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagaimatlamat, nescaya semua kesedihan, kepedihan & kecemasan itu akan lenyap"
-La Tahzan-

"Dan berdoalah dengan ucapan :'Wahai Tuhanku, tambahlah ilmuku'." -Taha :114-

Wednesday, January 24, 2007

Ubat oh ubat...

Assalamualaikum....

Alhamdulillah...syukur kerana diri ini masih lg diberi peluang oleh Allah SWT untuk mencoret sesuatu di warkah maya ini...
Semalam aku telah pergi ke dispensari Uniten bg mendapatkan ubat demam & batukku yg kian berlarutan ini. Itupun setelah aku di'marahi' oleh bonda di kampung. Bukan ape, memang aku cukup fobia dgn ubat dan klinik...hehe... "Allahu Akhbar"...itulah laungan seorang 'bayi' yg takut makan ubat...peace v(^_^)v

Narrated in the Sahihan that the Messenger of Allah said, "Allah has not sent down a disease except that He has also sent down its cure."

Sunday, January 21, 2007

Jalan dakwah itu penuh mujahadah

Assalamualaikum...

1 Muharram 1428H kali ini disambut dgn penuh mujahadah... Allah uji diriku dgn demam panas & kampungku di Batu Pahat Johor pula masih lg ditenggelami air. Manisnya ujian ini = )


"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yg mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (Al-Baqarah : 216)


Dengan penuh mujahadah, aku gagahkan diri ini untuk bersama-sama dalam jemaah dakwah. Kami iktikaf di Surau Al-Huda, Bandar Tun Razak, Cheras. Bersama-sama kami ialah pelajar-pelajar cilik tahfiz, ustaz dan orang awam. Tahun baru Hijrah kali ini disambut dgn hujan lebat dan cuaca sejuk, namun semuanya ini adalah lumrah bagi kerja dakwah. Jalan dakwah itu penuh ujian, tiada permaidani merah untuk para da'ie. Jemaah dikeluarkan untuk bertemu dengan saudara-saudara seIslam kami bagi menyampaikan pesanan akan pentingnya usaha dakwah & usaha atas Iman & Amal....Dari tingkat 22 pangsapuri kami berjumpa saudara-saudara kami dari pintu ke pintu, lorong ke lorong.

Aku terhibur dgn telatah pelajar2 cilik tahfiz dalam jemaah kami. Lantas mengingatkan daku pd adikku di kampung yg baru sahaja belajar hidup di asrama. Masih segar dalam ingatanku, sebelum tidur pelajar2 cilik tahfiz ini mengajak aku membuat halaqah Quran & menyemak hafazanku dalam Surah Al Mulk. Pernah terdetik di hati ni utk mempunyai zaujah @ anak dari kalangan Hafiz @ Hafizah....Ameen = )
"Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu memberi faedah kepada orang yang beriman." (Az-Zariyat:55)

Aku Terlena...

Assalamualaikum.....
Aku terlena di atas meja study pada petang Jumaat....Mungkin kerana terlalu letih study for test next week.... Alhamdulillah, aku masih sempat bangun sebelum tibanya Awal Muharram.
Walaupun tidak sempat berdoa Akhir Tahun di masjid bersama2 Imam...namun Allah masih pilih daku untuk bersama Imam membaca doa Awal Tahun dan membaca Yaasin pd selepas Maghrib.

"Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yg tunduk taat iaitu orang-orang yg apabila disebut nama Allah gerun-gentarlah hati mereka" (Al-Haj:34-35)

Friday, January 19, 2007

Maal Hijrah

Assalamualaikum...
Alhamdulillah...bertemu kembali dalam warkah maya ini dengan izin dari-Nya. Tepat pada Maghrib hari ini, maka tibalah 1 Muharram 1428 yg aku nantikan dengan penuh debaran... Inilah pertama kali dalam sejarah hidupku, kedatangan 1 Muharram begitu aku rindui...

Hari ini, aku telah men'delete' satu 'folder' dengan penuh mujahadah...satu 'folder' kehidupan silamku yg sentiasa menyebabkan diri ini lalai, malah jauh dari jalan-Nya.... Aku redha dengan qadha & qadar dari-Nya dan akan aku jadikan kehadiran 1428 Hijrah ini sebagai lembaran baru dalam kehidupanku....Aku yakin, pasti lebih getir lg ujian & tarbiyyah dari Allah untukku kali ini.....

"Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bencana) yg ditimpakan di bumi, dan tidak juga yg menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yg demikian itu adalah mudah bagi Allah"
( Al - Hadid :22)

"Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yg telah ditentukan)"
( Al-Qamar :49)

Aku ingin berkongsi beberapa petikan dr kitab "La Tahzan" karangan Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni :
"Jangan berdukacita, sebab qadha sudah ditetapkan, takdir pasti berlaku, dakwat pena sudah habis, lembaran-lembaran catatan ketentuan pun sudah dilipat, dan semua perkara telah ditetapkan"
"Jangan berdukacita, sebab usia anda yg sebenar adalah kebahagiaan & ketenangan hati anda. Sebab itu jgn habiskan usia anda dalam kesedihan, jgn boroskan malam-malam anda dalam kecemasan, jangan berikan minit-minit anda untuk kebimbangan"

tinta-ukhwah

Wednesday, January 17, 2007

Lembaran Baru Kehidupan

Assalamualaikum....
Lembaran 1427 Hijrah kian sampai ke penghujungnya....
Walaupun kenangan manis dan pahit umpama resepi 1427....namun semuanya itu bakal menjadi kenangan semata-mata....
Kini lembaran baru 1428 Hijrah bakal bermula....
DI SINI SEGALANYA BERMULA....
ALLAH KNOWS BEST FOR ME....

"Sekelian makhluk yang ada di langit dan bumi sentiasa berhajat dan memohon kepada-Nya..."
-Ar Rahman : 29-

Same2 kite bermohon kepada Allah, moga kehadiran 1428 Hijrah membawa keberkatan dalam hidup ini...ameen.....

Tuesday, January 16, 2007

Di Sini Segalanya Bermula

Assalamualaikum....
Lembaran baru 1428 Hijrah bakal tiba...
Kehadiran weblog ini....walaupun ringkas, namun sebagai langkah baru dalam hidup aku....
Moga azam kali ini dapat digapai...insyaAllah......
-tinta ukhwah-