Sunday, January 21, 2007

Jalan dakwah itu penuh mujahadah

Assalamualaikum...

1 Muharram 1428H kali ini disambut dgn penuh mujahadah... Allah uji diriku dgn demam panas & kampungku di Batu Pahat Johor pula masih lg ditenggelami air. Manisnya ujian ini = )


"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yg mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (Al-Baqarah : 216)


Dengan penuh mujahadah, aku gagahkan diri ini untuk bersama-sama dalam jemaah dakwah. Kami iktikaf di Surau Al-Huda, Bandar Tun Razak, Cheras. Bersama-sama kami ialah pelajar-pelajar cilik tahfiz, ustaz dan orang awam. Tahun baru Hijrah kali ini disambut dgn hujan lebat dan cuaca sejuk, namun semuanya ini adalah lumrah bagi kerja dakwah. Jalan dakwah itu penuh ujian, tiada permaidani merah untuk para da'ie. Jemaah dikeluarkan untuk bertemu dengan saudara-saudara seIslam kami bagi menyampaikan pesanan akan pentingnya usaha dakwah & usaha atas Iman & Amal....Dari tingkat 22 pangsapuri kami berjumpa saudara-saudara kami dari pintu ke pintu, lorong ke lorong.

Aku terhibur dgn telatah pelajar2 cilik tahfiz dalam jemaah kami. Lantas mengingatkan daku pd adikku di kampung yg baru sahaja belajar hidup di asrama. Masih segar dalam ingatanku, sebelum tidur pelajar2 cilik tahfiz ini mengajak aku membuat halaqah Quran & menyemak hafazanku dalam Surah Al Mulk. Pernah terdetik di hati ni utk mempunyai zaujah @ anak dari kalangan Hafiz @ Hafizah....Ameen = )
"Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu memberi faedah kepada orang yang beriman." (Az-Zariyat:55)

2 comments:

Anonymous said...

Bismillah wal hamdulillah...
Assalamualaikum wbt...
Nice coretan...Perkongsian yg membuatkan sesape yg membaca merasa tenang, tersenyum =) wallahu'alam

Anonymous said...

Salam...

Alhamdulillah, syukran for the comments, insyaAllah perjuangan dlm dakwah perlu diteruskan...
Tiada permaidani merah bg para daie....

tinta_ukhuwah