Thursday, January 25, 2007

Ilmu yang membahagiakan

Assalamualaikum...
Alhamdulillah...dengan izin-Nya, aku gagahkan jari-jemariku ini untuk menulis di warkah ukhuwah kali ini. Demam & batuk2 yg aku alami kali ini seolah-olah petanda dari Allah SWT untuk aku muhasabah kembali diri ini. Azam yg ingin aku gapai untuk Maal Hijrah 1428 begitu mujahadah untuk ditempuhi...

"Katakanlah kepada lelaki-lelaki yg beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yg demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka buat" -AnNur: 30-

Minggu ini ade banyak Mid Term Test untuk aku tempuhi. Satu demi satu 'paper' yg aku hadapimenguji keimanan & keyakinan aku kepada bantuan-Nya. Ade satu paper yg mampu membuat aku menangis, Alhamdulillah aku masih mampu untuk gagahkan diri ini tersenyum di hadapan sahabat-sahabatku...

"Jika anda ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagaimatlamat, nescaya semua kesedihan, kepedihan & kecemasan itu akan lenyap"
-La Tahzan-

"Dan berdoalah dengan ucapan :'Wahai Tuhanku, tambahlah ilmuku'." -Taha :114-

4 comments:

Anonymous said...

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah sentiasa memberi rahmat dan Malaikat-Nya serta penduduk langit dan bumi - sehinggakan semut dalam lubangnya dan ikan di laut - sentiasa berdoa untuk sesiapa yang mengajarkan perkara-perkara yang baik kepada orang ramai."

+jg diri hiasi peribadi+

Anonymous said...

assalamualaikum...

Hari ini lecturer sya bertanya satu soklan yg unik. Apakah haiwan yg anda ingin jadi jika diberi peluang??? Terus hati ni terdetik utk menjadi seekor semut...seekor haiwan yg kisahnya ade diceritakan dlm Al Quran...begitu gigih dan tabah hadapi perlbagai rintangan hidup...
-tinta ukhuwah-

Anonymous said...

tak mahu jadi lebah? --->http://nadhiratulasra.blogs.friendster.com/milik_siapakah_hati_ini/2005/12/aku_ingin_jadi_.html

Anonymous said...

salam...

lebah adalah haiwan yg unik...
hanya memilih benda2 yg cantik dan hanya menghasilkan benda2 yg manis...
Segala puji hanya milik Allah..

tinta-ukhuwah