Sunday, January 21, 2007

Aku Terlena...

Assalamualaikum.....
Aku terlena di atas meja study pada petang Jumaat....Mungkin kerana terlalu letih study for test next week.... Alhamdulillah, aku masih sempat bangun sebelum tibanya Awal Muharram.
Walaupun tidak sempat berdoa Akhir Tahun di masjid bersama2 Imam...namun Allah masih pilih daku untuk bersama Imam membaca doa Awal Tahun dan membaca Yaasin pd selepas Maghrib.

"Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yg tunduk taat iaitu orang-orang yg apabila disebut nama Allah gerun-gentarlah hati mereka" (Al-Haj:34-35)

3 comments:

Anonymous said...

Oleh al-ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri

Laman web http://www.islam. gov.my/program/ doa.html mencatatkan satu hadis tentang kelebihan membaca doa awal tahun bermaksud: sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata “kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak- Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

Sememangnya menjadi amalan sebahagian masyarakat Muslim Melayu berhimpun pada hari terakhir tahun hijri untuk berdoa dengan doa awal tahun dan akhir tahun. Doa yang selalu dibaca dan kononnya datang daripada Nabi berbunyi:

اللهم ما عملته في هذه السنة مما نهيتني عنه ولم ترضه ، ونسيته ولم تنسه ، وحلمت عليَّ في الرزق بعد قدرتك على عقوبتي ، ودعوتني إلى التوبة بعد جراءتي على معصيتك ، اللهم إني استغفرك منه فاغفر لي ، وما عملته فيها من عمل ترضاه ووعدتني عليه الثواب فأسألك يا كريم ، يا ذا الجلال والإكرام أن تقبله مني ، ولا تقطع رجائي منك يا كريم ، وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم Ulasan

Hadis tidak diriwayatkan dalam mana kitab-kitab hadis. Penentuan awal tahun dan akhir tahun hanya berlaku di zaman Umar iaitu pada tahun ke 17 hijrah atau selepas 7 tahun kewafatan Nabi. Bagaimana mungkin baginda menjelaskan hadis ini dan doa awal tahun kepada para sahabat?

Justeru hadis ini adalah palsu dan haram serta tidak wajar disebarkan.

Baginda bersabda:مَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ

Maksudnya: “sesiapa yang berdusta menggunakan nama ku,maka tersedialah untuk dirina satu tempat duduk dalam neraka.” (hadis riwayat Bukhari dan Ahmad)

Diriwayatkan daripada Samurah bahawa Nabi bersabda:

مَنْ حدَّثَ عنِّي بحديثٍ يرى أنَّه كذبٌ فهو أحدُ الكاذبيـن

Maksudnya: “sesiapa yang bercerita atas namaku satu hadis yang dirasakannya bohong, maka dia adalah salah seorang pembohong. (hadis riwayat Muslim)

Anonymous said...

tajuk title entry tu Hadis Palsu tentang Kelebihan Doa Awal & Akhir Tahun kat http://www.ustaz.blogspot.com/...
aku x pandai mana tp baca yasin 3kali n doa hujung n awal tahun mmg nabi x pernah wat..

Anonymous said...

assalamualaikum from tinta-ukhuwah

syukran for the info...mmg satu perkara bid'ah bg doa awal & akhir tahun...dah lama sya tahu perkara ni...cume, sebagai muslim...apakah pengisian yg boleh kite lakukan ketika ketibaan Awal Muharram...?? adakah dgn bunga api spt ketibaan Tahun Baru Masihi yg jauh lebih bid'ah...?? same2 kite renungkan...

DOa bukan specific ketika awal dan akhir tahun sahaja dan bukan specific pd bacaan doa tertentu..Perkara ni harus diberi perhatian... Tak salah jika kite berdoa dgn umum agar ketibaan Awal Muharram menjadi penggerak untuk mencapai azam yg murni....

tinta-ukhuwah