Saturday, July 23, 2011

Majlis Aqiqah Nur Wafa Safiyya

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas segala nikmat kurnia-Nya pada hamba-Nya yang hina dina ini. Selawat & salam buat junjungan baginda Nabi Muhammad SAW.

Bulan Syaaban semakin sampai ke penghujungnya. Hanya beberapa hari sahaja sebelum kedatangan bulan yang diberkati Ramadhan Al-Mubarak. Hati ini teruja berbaur gembira untuk berpuasa bersama Ummu Wafa' & Wafa' buat pertama kalinya. Syukur atas nikmat dari-Nya...

Perbelanjaan keluarga kami sepanjang bulai Julai kali ini agak tinggi sejajar dengan penambahan seorang lagi ahli keluarga baru, Nur Wafa Safiyya. Alhamdulillah, masih ada lagi rezeki yang Allah SWT janjikan buat hamba-Nya ini. Alhamdulillah, masih ada lagi rasa kesyukuran & pengharapan kepada-Nya dalam keluarga kami... Antara 'major expenses' bulan ini adalah:
Aqiqah kambing : RM650.0o, Jamuan kenduri Aqiqah: RM1,200.00, Kos bidan: RM200.00, Breast pump set: RM560.00, Steamer & heater set: RM160.00, Kos Hospital: RM2,490.00 (Sponsored by TNB).

Buat Nur Wafa Safiyya, ayah berjanji akan buatkan account Tabung Haji & deposit RM950.00 hasil daripada 'hadiah' ketika majlis aqiqah. Moga keluarga kami sentiasa di bawah keredhaan & rahmat daripada Allah SWT. Moga keluarga kami sentiasa bersyukur & tenang dengan rezeki dari-Nya...Ameen...

Thursday, July 21, 2011

TPM : Total Productive Maintenance

Assalamualaikum...

Alhamdulillah kini genap seminggu selepas TPM audit by Japanese Institute of Plant Maintenance JIPM di SJSI, Pasir Gudang. Keputusan audit diterima dgn hati terbuka dan penuh muhasabah diri. Pasti ade hikmah dan tarbiyyah daripada Allah SWT untuk semua warga SJSI, Pasir Gudang.

InsyaAllah...kita akan siap siaga dan mencuba lagi tahun hadapan. Harus diingat, semua usaha mesti disandarkan pada doa kepada Allah SWT. Jangan diulangi kesilapan silam...Jangan yakin pada usaha manusia...Jangan yakin pada ilmu di dada...Usaha + Doa + Tawakkal = Kejayaan

Buat Ummu Wafa & Wafa...Terima kasih kerna memahami tugasan ayah untuk TPM. InsyaAllah, pasti ade kejayaan bagi orang yang bersabar (^_^)

Thursday, July 7, 2011

Nur Wafa' Safiyya Bte Azri



Assalamualaikum...


Alhamdulillah segala puji Milik-Nya...

Hadiah & Amanah terbesar buat diriku...

Ummu Wafa' & Wafa' menjadi penyeri hidup ini...

Moga menjadi "Cahaya Kesetiaan Yg Suci"...

Nur Wafa' Safiyya bte Azri (^_^)