Saturday, July 23, 2011

Majlis Aqiqah Nur Wafa Safiyya

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas segala nikmat kurnia-Nya pada hamba-Nya yang hina dina ini. Selawat & salam buat junjungan baginda Nabi Muhammad SAW.

Bulan Syaaban semakin sampai ke penghujungnya. Hanya beberapa hari sahaja sebelum kedatangan bulan yang diberkati Ramadhan Al-Mubarak. Hati ini teruja berbaur gembira untuk berpuasa bersama Ummu Wafa' & Wafa' buat pertama kalinya. Syukur atas nikmat dari-Nya...

Perbelanjaan keluarga kami sepanjang bulai Julai kali ini agak tinggi sejajar dengan penambahan seorang lagi ahli keluarga baru, Nur Wafa Safiyya. Alhamdulillah, masih ada lagi rezeki yang Allah SWT janjikan buat hamba-Nya ini. Alhamdulillah, masih ada lagi rasa kesyukuran & pengharapan kepada-Nya dalam keluarga kami... Antara 'major expenses' bulan ini adalah:
Aqiqah kambing : RM650.0o, Jamuan kenduri Aqiqah: RM1,200.00, Kos bidan: RM200.00, Breast pump set: RM560.00, Steamer & heater set: RM160.00, Kos Hospital: RM2,490.00 (Sponsored by TNB).

Buat Nur Wafa Safiyya, ayah berjanji akan buatkan account Tabung Haji & deposit RM950.00 hasil daripada 'hadiah' ketika majlis aqiqah. Moga keluarga kami sentiasa di bawah keredhaan & rahmat daripada Allah SWT. Moga keluarga kami sentiasa bersyukur & tenang dengan rezeki dari-Nya...Ameen...

No comments: