Monday, May 25, 2009

An-Nakhbah & Hari Guru




Assalamualaikum...

Hanya sepatah dua kata mampu daku ucapkan di serambi ukhuwah maya ini. Kala ini...kelesuan dan kepenatan melanda diri. Moga segala perintah-Nya mampu daku gagahi dengan keringat yg membasahi pipi, dengan tenaga yg kian surut dan dengan langkah yg kian longlai. Ada kalanya daku tewas apabila diuji...Berkat doa dari bonda tercinta, berkat nasihat dari ayahda dikasihi, berkat sokongan dari kekasih hati....Daku tempuhi segalanya dengan tabah... InsyaAllah...

Tanggal 15 May adalah genaplah 61 tahun usia ‘Nakhbah’ ini. Usianya melangkaui usia merdekanya Malaysia. ‘Nakhbah’ di sini ialah genapnya 61 tahun usia negara haram Israel ditubuhkan. Perkataan nakhbah merujuk kepada kemusnahan sebidang tanah yang dahulunya milik negara Palestin.

Tanggal 16 Mei pula merupakan Hari Guru yang saban tahun disambut dengan meriah di sekolah2. Para guru merasa diri mereka dihargai ketika ini. Namun, ketika ini...seorang GURU bukan semestinya seorang PENDIDIK. Zaman & teknologi telah merubah segalanya. Ketika ini GURU hanyalah seorang PENGAJAR di sekolah. Mereka tidak lagi mampu menjadi PENDIDIK kerna belenggu dari persekitaran. Mereka tidak lagi mampu menjadi PENDIDIK kerna kurang nilai dan jati diri sebagai PENDIDIK & PEMBIMBING umat akhir zaman...

Ayuh GURU...Sama2 terapkan nilai2 perjuangan ISLAM di hati para mujahid muda. Agar mereka tidak lupa akan peristiwa hitam An-Nakhbah... Agar lahirnya mujahid2 yang bakal membebaskan Palestin dari belenggu musuh2 Islam... InsyaAllah...

Nukilah Hati - azri azzahra

Thursday, May 14, 2009

Cari Perbezaan



Assalamualaikum....

Alhamdulillah, syukur atas nikmat iman dan amal. 2 perkara yg begitu bernilai more than anything in this world. Praise to Allah The All Mighty for all the goodness in our lives. Lets together we recite Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...

Minggu ini benar2 membuat diriku lesu. Beban kerja di ofis ditambah pula dgn kerisauan yg melanda diri ini benar2 membuat daku tidak bersemangat utk kerja. Letih diri ini menjadi 'doctor' bagi 'merawat' buckets @ blades. Cuba buat perbezaan antara 2 gambar di atas. Perbezaan paling ketara ialah marking utk polishing bg repair works. Namun yg paling kritikal di sini ialah race track yg tidak selari apabila 3 blades disusun bertingkat spt di rotor. Mesti blurr bila dengan aku membebel ttg blades kan? Lumrah bg diriku yg mewarisi sifat bonda tercinta heheh

Wednesday, May 13, 2009

13 Mei = Perpaduan = Pakatan Rakyat


Assalamualaikum...

Memperingati 13 Mei
Adakah kita mengerti
Saat cemas dan ngeri
Gerun menguasai diri

Perpaduan yg kita cari
Ukhuwah yg terkunci
Sama2 kita nikmati

Islam agama yg suci
Persaudaraan dan ukhuwah menjadi intipati



Tuesday, May 12, 2009

Insan Berbaju Hijau


Assalamualaikum...

Ingin daku berkongsi 'fikir' ttg iman dan amal di serambi ukhuwah ini. Hasil dari kuliyyah agama selepas Maghrib semalam. Syahdu kerna daku merasai diri ini makin jauh dari majlis2 ilmu. Moga Allah SWT membimbing daku dekat pada-Nya.

"Sebelum kebesaran ALLAH dapat masuk ke dalam diri kita, maka kita kene usaha utk keluarkan kebesaran makhluk dari diri kita. Yakin bahawa hanya ALLAH yg berkuasa dn makhluk tidak berkuasa sedikit pun. Umpama gelas yg berisi air hitam. Kita hendaklah buang air hitam itu sebelum mengisi semula dgn susu. Tidak boleh bercampur aduk antara air hitam dan susu. Tidak boleh bercampur antara kebesaran makhluk dan kebesaran ALLAH dalam diri kita." Itulah petikan ungkapan dari majlis ilmu semalam. Sama2 kita ambil iktibar.

Hari ini daku pergi ke ofis dgn t-shirt hijau. Terdetik di hati ini utk meraikan kemenangan pejuang Islam di Perak. Ketika production meeting, semua berjenaka ttg usul undi tidak percaya bagi menjatuhkan Senior Manager hehe... Tapi perjuangan belum selesai kerna Mahkamah Rayuan telah menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam huhu... Ternyata tiada 'karpet merah' dalam perjuangan Islam ini. Sama-sama kita renungkan....

Monday, May 11, 2009

Islam Gemilang!!!


Takbir berkumandang
Sorakan Bersahutan
Kemenangan telah datang
Cahaya telah kelihatan
Perak Darul Ridzuan
Negeri makmur aman
Telah kembali ke pangkuan
Perjuangan akan diteruskan
Syukur ke hadrat Ilahi
Kemenangan ditangisi
Ditabur janji
Untuk berjuang hingga mati


Bekam @ Cupping @ Al-Hijama


Assalamualaikum...
Syukur ke hadrat Ilahi atas nikmat dan izin-Nya dapat kita bertemu kembali di serambi maya ini. Selawat dan salam ke atas junjungan baginda Nabi Muhammad S.A.W dan juga para sahabat serta tabi'in yg telah banyak berkorban dengan usaha dakwah hingga kita di tanah melayu ini mendapat nikmat Agama ISLAM yg kita cintai...
Cuaca yg panas terik pd tgh hari semalam benar2 menduga iman. Ingin sahaja diriku berendam di kolam ais sambil menghirup minuman sejuk. Namun daku gagahi diri ini utk pergi berbekam @ cupping @ hijama di Seksyen 9 Shah Alam. Sesi berbekam selama 2 jam sambil bertubi2 soalan aku ajukan kepada doktor tersebut ttg rahsia berbekam dan hikmah disebaliknya. Rawatan yg aku pinta hanya fokus pd betis dan sendi kaki. Walaupun agak mahal, namun aku yakin dgn mutu dan kesucian rawatan ini. Malahan, rawatan ini juga satu Sunnah Baginda S.A.W. Kali terakhir daku berbekam adalah pada 3 tahun lepas.
Cupping Therapy (Al-Hijama)
A Cure For Every Disease, Pain and Ailment (By Allah's Permission)
Cupping (hijama) is the best remedy recommended and used by the Messenger (Sallallaahu Álayhi Wasallam). The Messenger (Sallallaahu Álayhi Wasallam) said, "Indeed the best of remedies you have is cupping (hijama)…" [Saheeh al-Bukhaaree (5371)].

Sunday, May 10, 2009

Madah Buat Bonda

Assalamualaikum pembuka bicara
Bertemu kembali di ukhuwah maya
Atas nikmat dan izin dari-Nya
Di hujung minggu daku bersengkang mata
Setelah penat seharian melata
Berpijak di atas bumi yg nyata
HARI IBU kini menjelma
Tapi daku jauh di mata bonda
Mencari rezeki di tengah kota
Ohhh bonda
Maafkan segala dosa anakanda
Daku sedar diri ini hina
Ohhh bonda
Pengorbanan bonda terhingga
Tidak ternilai dengan harta benda
Ohhh bonda
Doa diutus moga bonda bahgia
Madah dari anakmu Azri Azzahra



Saturday, May 9, 2009

2 Tahun 2 Bulan 2 Minggu 2 Hari


Assalamualaikum....
Alhamdulillah dengan izin Allah, daku baru terjaga dari mimpi yg indah. Nikmatnya bila dapat beradu di hujung minggu dan bebas dari bebanan kerja. Syukur lagi dan lagi kepada-Nya...
Semalam...genap 2 Tahun, 2 Bulan, 2 Minggu dan 2 Hari ukhuwah terjalin antara daku dn Azzahra. Tanggal 22.2 pada 2 tahun lepas menjadi memori indah bagi kami. Syukur kepada Allah atas 'hadiah' yg terbaik dalam hidupku. Namun daku sedar, 'hadiah' yg terbaik dan begitu bernilai pasti akan hadir dgn 1001 dugaan dan cabaran dari-Nya. "A GREAT GIFT COMES WITH A GREAT RESPONSIBILITY" Hehe...mcm qute dr filem Spiderman plak. InsyaAllah... Hingga bertemu kembali di serambi ukhuwah maya ini...

Thursday, May 7, 2009

Kisah Cinta Dalam Al-Quran


Assalamualaikum...

Bertemu lg di serambi ukhuwah ini ketika bulan dan bintang menjadi teman setiaku... Hanya sepatah dua kata yg ingin daku bicarakan. Lidah ini kelu malah mata ini kuyu...

InsyaAllah daku berazam utk membeli sebuah buku ilmiah setiap bulan. Jika daku mampu membaca mangga Naruto + One Piece hampir setiap minggu, pasti tiada masalah utk khatam sebuah buku sebulan. Tapi daku malu dgn diri sendiri kerna belum mampu khatam Al-Quran setiap bulan. Bagaimana pula dgn Azzahra?? InsyaAllah...mulakan langkah demi langkah kecil asalkan istiqamah... Kita mulakan dgn buku "Kisah Cinta Dalam Al-Quran" sbg manisan pembukaan..


Wednesday, May 6, 2009

Selamat Hari Pekerja!!!




Assalamualaikum....
Bertemu kembali di serambi ukhuwah ini. Alhamdulillah...diri ini masih mampu bernafas dengan izin-Nya. Alhamdulillah diri ini masih mampu berjalan dengan izin-Nya. Alhamdulillah jantung ini masih mampu berdenyut dengan izin-Nya. Segala puji hanya milik-Nya...
Tanggal 1 Mei yg jatuh pd hari Jumaat lepas amat2 aku nantikan sepanjang kalendar 2009. Pertama, kerana inilah pertama kali aku dgn rasminya layak menyambut Hari Pekerja sebagai seorang pekerja. Kedua, aku dpt extend cuti smpi ari Isnin semata2 untuk spend masa "bercuti bersama keluarga". Namun tanpa disangka, ungkapan "Bercuti bersama keluarga" menjadi bahan gurauan di ofis kerana hanya aku seorang cuti smpi Isnin hehe. Silap aku jgk, terlalu lurus dan bendul smpi email pd sume org..."Saya tidak dapat hadir production meeting kerana bercuti bersama keluarga"...hehehe
Memang benar daku puas spend masa dgn family. Shopping & berkelah di air terjun menjadi agenda utama. Terlintas juga di hati untuk menyiapkan repair report ketika bercuti, namun hanya angan2 kosong aje hehe...Rasa malassss je ingin kembali ke ofis...huhu... InsyaAllah berkat niat dan azam untuk mencari rezeki yg halal, pasti daku gagahi diri ini....