Saturday, July 18, 2009

Keringat Yg Membasahi Pipi

Assalamualaikum…

Syukur ke hadrat Ilahi atas nikmat dan kurnia-Nya dapat bertemu kembali di serambi ukhuwah ini. Hampir bersawang nampaknya blog ini kerna agak lama tidak update. Bukan ape, saban hari daku dibebani kerja yg tiada penghujungnya. Bukan ini yg daku pinta. Teringin sgt diri ini diberi peluang untuk belajar dan mengkaji segala ilmu yg belum lg diterokai oleh Negara kita. Kala ini, kita hanya bergantung pada Barat & Timur dalam bidang ilmu dan teknologi. Di manakah zaman kegemilangan Ilmuan-Imuan Islam yg satu ketika dulu menjadi rujukan seluruh dunia. Sama-sama kita ambil iktibar….

Alhamdulillah…Tanggal 23 June yg lepas telah genap setahun daku bekerja di TNB. Moga rezeki yg dicari mendapat redha & barakah dari-Nya. Aku telah menyempurnakan zakat pendapatan di Selangor kerna yakin akan halatuju sumbangan tersebut. Moga Allah SWT redha… Permohonan daku untuk berpindah ke unit lain dalam TNB juga telah disokong dan diluluskan oleh pihak pengurusan. Hanya menanti surat rasmi untuk daku melapor diri pada 27 Julai ini di Stesen Janakuasa Pasir Gudang. Alhamdulillah, setelah sekian lama merantau & berbakti di negeri orang, tiba masanya daku berkhidmat membanting tenaga di negeri tanah tumpah darahku, Johor Darul Ta’zim. Moga suasana kerja yg baru & pihak pengurusan yg baru dapat memberi daku sedikit ruang untuk belajar & mencari kedamaian… InsyaAllah….