Monday, May 28, 2007

Mencari Cinta Sejati


MENCARI CINTA SEJATI


Bertepuk sebelah tangan sahaja tidak akan berbunyi.
Bercinta dengan yang tidak mencintai, akan menyebabkan seseorang itu kecewa.
Itulah lumrahnya apabila bercinta dengan manusia.
Sebaliknya bercinta dengan Allah, cinta kita pasti akan berbalas.
Bahkan ia diberi penghargaan dan disambut dengan baik.
Cinta Allah yang Maha Pencinta tidak memilih siapa, rupa, gaya dan bagaimana keadaannya. Cinta yang tidak pernah luput walau sesaat malahan terus berkekalan.
Berbeza dengan manusia yang hanya cinta pada yang disukai dan diminati.
Cintanya pula bermusim dan tidak kekal.
Sewaktu disenangi dicintai, bila jemu atau benci tidak lagi dicintai malah ditinggalkan.
Cinta manusia juga terhad dan ada kepentingan.
Isteri cintakan suami kerana suami tempatnya bergantung.
Ibu mencintai anak kerana anak itulah penghiburnya di kala sunyi.
Kawan menyayangi kawan kerana dapat berkongsi merasai senang susahnya hidup.
Pengikut sayangkan ketua kerana ketua menjadi penaungnya.
Namun Allah yang Maha Pencipta mencintai hamba-hambanya tanpa ada kepentingan.
Allah hanya melebihkan kecintaanNya kepada orang-orang yang mencintaiNya.
Allah akan murka kepada orang yang mengingkariNya.
Cinta Seindah Yang Diucap.
Semua orang boleh mengaku dan berikrar bahawa dia mencintai Allah.
Tapi tindak-tanduknya dapat mencerminkan apakah dia benar-benar mencintaiNya.
Allah sendiri lebih tahu siapakah diantara hambaNya yang benar-benar mencintaiNya.
Orang yang benar-benar mencintai Allah sanggup berbuat apa sahaja keranaNya.
Tanda seseorang itu mencintai Allah ialah dia beriman kepada Allah.
Dia berkasih sayang dengan sesama manusia dan saling bersilaturrahim.
"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang sabar."( Surah Ali Imran ayat146)
"Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebajikan."( Surah Ali-Imran ayat134 )
Sekuntum Mawar Hafizah

Untukmu Ibu...


Assalamualaikum semua... Alhamdulillah dengan izin dari-Nya, jari jemariku ini masih mampu menaip pada bingkisan ukhuwah ini (^_^) Cepatnya masa berlalu. Banyak yg ingin aku kongsi di lembaran ukhuwah ini. Tapi apakan daya, Allah adalah sebaik2 perancang dalam hidup kita ini.
Hari demi hari yg sibuk dgn urusan kerja & study, dari pagi hingga ke malam, hampir sama rutin hidupku... Adakalanya aku terasa ingin lari jauh dari kehidupan ini untuk mencari ketenangan bersama-Nya.... Aku rindukan saat2 dulu.... (-_-)


Untukmu ibu... Aku tulis warkah ukhuwah kali ini. Masih ingat lagi daku ketika pulang ke kampung halaman pada 3 minggu lepas. Berita gembira yg daku terima benar2 mengejutkan. Dengan wajah yg ceria dan berseri2, ibu bersungguh2 bercerita padaku tentang kandungan ibu yg baru berusia 2 bulan. Abah turut tersipu malu namun xmampu menyembunyikan berita gembira ini. Aku hampir x percaya, pada usia 24 tahun, aku masih lg dapat merasa kehadiran seorang adik bongsu. Sesungguhnya kami sekeluarga benar2 berharap akan kehadiran seorang baby muslimah (^_^) InsyaAllah.... moga semua dapat mendoakan agar ibu dan kami sekeluarga dapat merealisasikan impian kami sekeluarga untuk menerima kehadiran baby muslimah walaupun semuanya belum pasti (-_-) InsyaAllah.... moga semua dapat hadiahkan Surah Mariam untuk ibu dan InsyaAllah kehadiran seorang baby muslimah benar2 dinantikan (^_^)






Sunday, May 6, 2007

Hari-Hari Yang Mujahadah...


Assalamualaikum....





Alhamdulillah... dengan izin-Nya bertemu kita kembali dalam warkah ukhuwah ini. Hampir sebulan aku x update warkah ukhuwah ini. Cepatnya masa berlalu tanpa kite sedari. Masih daku ingat, saat2 manis tamatnya minggu exam yg begitu mujahadah. Hinggalah tibanya kembali saat2 manis menerima keputusan exam beberapa hari lepas. Alhamdulillah.... Nikmat Allah buat hamba-Nya tidak pernah putus. Cuma daku yg banyak kelemahan ini ada kalanya leka dengan nikmat yg sebenarnya adalah wadah tarbiyyah buat diriku....



Di sini...Ingin aku berkongsi setiap saat aku berada di Proton. Walau hanya 3 bulan utk Internship Program, Alhamdulillah banyak telah aku pelajari. Cepatnya masa berlalu.... Kini hanya berbaki 2 bulan lg sblm tamat practical training.



Jam loceng yg berbunyi seawal jam 5 pagi menggegarkan suasana bilikku. Tanpa aku sedari, aku tekan button utk berhentikan deringan loceng yg bising itu. 10 minit kemudian alarm hphone aku pula berdering... Barulah mampu aku gagahkan diri utk bangun, mandi, gosok baju dan bersiap utk pergi ke Proton Shah Alam. Perjalanan dari rumah sewaku di Bangi ke Shah Alam mengambil masa hampir 30 minit. Biasanya selepas solat Subuh berjamaah di masjid, aku terus bertolak.

Kereta wira aeroback 1.6 berwarna hijau meluncur laju meredah keheningan pagi yg sejuk dan nyaman. Mataku masih lg mengantuk kerana belum puas tidur dibuai mimpi bersama 'dia'.... hehe.... 'Dia' yg setia menemani daku sebelum tidur, pasti masih lagi terlena ketika aku keluar dari rumah seawal pagi... Jam 6.45pg biasanya aku telah sampai di parking lot. Adakalanya aku sambung tido di dalam kereta sebelum punch card jam 7.00pg... Selepas punch card, aku turun ke tingkat bawah office untuk sarapan pagi. Biasanya menu nasi goreng dan nescafe menjadi pilihanku... Berteman buletin pagi di TV3 dan karenah2 host Malaysia Hari Ini buat aku leka dan alpa akan ngantuk yg satu ketika menguasai diriku.....

Jam 8 pg.... Bacaan doa berkumandang di speaker setiap pejabat di Proton.

"Ya Allah... Permudahkanlah segala urusan kami pada hari ini. Moga rezeki yg kami usahakan dengan keringat kami ini halal di sisimu.... Ameen..."

Kemudian lagu tema Proton pula berkumandang hasil nyanyian Nash. 5 minit sesi senaman ringan kemudian dimulakan!!! TAISIO....... satu term yg lebih popular bg staff Proton bg menggambarkan ttg senaman ini.... Regangan otot tangan, kepala, pinggan dan kaki diharap dapat memberi kesegaran kepada semua pekerja yg pastinya masih lg lesu mengharungi perjalanan malam.... Kini..... SEGALANYA BERMULA DI SINI..........