Sunday, May 6, 2007

Hari-Hari Yang Mujahadah...


Assalamualaikum....





Alhamdulillah... dengan izin-Nya bertemu kita kembali dalam warkah ukhuwah ini. Hampir sebulan aku x update warkah ukhuwah ini. Cepatnya masa berlalu tanpa kite sedari. Masih daku ingat, saat2 manis tamatnya minggu exam yg begitu mujahadah. Hinggalah tibanya kembali saat2 manis menerima keputusan exam beberapa hari lepas. Alhamdulillah.... Nikmat Allah buat hamba-Nya tidak pernah putus. Cuma daku yg banyak kelemahan ini ada kalanya leka dengan nikmat yg sebenarnya adalah wadah tarbiyyah buat diriku....



Di sini...Ingin aku berkongsi setiap saat aku berada di Proton. Walau hanya 3 bulan utk Internship Program, Alhamdulillah banyak telah aku pelajari. Cepatnya masa berlalu.... Kini hanya berbaki 2 bulan lg sblm tamat practical training.



Jam loceng yg berbunyi seawal jam 5 pagi menggegarkan suasana bilikku. Tanpa aku sedari, aku tekan button utk berhentikan deringan loceng yg bising itu. 10 minit kemudian alarm hphone aku pula berdering... Barulah mampu aku gagahkan diri utk bangun, mandi, gosok baju dan bersiap utk pergi ke Proton Shah Alam. Perjalanan dari rumah sewaku di Bangi ke Shah Alam mengambil masa hampir 30 minit. Biasanya selepas solat Subuh berjamaah di masjid, aku terus bertolak.

Kereta wira aeroback 1.6 berwarna hijau meluncur laju meredah keheningan pagi yg sejuk dan nyaman. Mataku masih lg mengantuk kerana belum puas tidur dibuai mimpi bersama 'dia'.... hehe.... 'Dia' yg setia menemani daku sebelum tidur, pasti masih lagi terlena ketika aku keluar dari rumah seawal pagi... Jam 6.45pg biasanya aku telah sampai di parking lot. Adakalanya aku sambung tido di dalam kereta sebelum punch card jam 7.00pg... Selepas punch card, aku turun ke tingkat bawah office untuk sarapan pagi. Biasanya menu nasi goreng dan nescafe menjadi pilihanku... Berteman buletin pagi di TV3 dan karenah2 host Malaysia Hari Ini buat aku leka dan alpa akan ngantuk yg satu ketika menguasai diriku.....

Jam 8 pg.... Bacaan doa berkumandang di speaker setiap pejabat di Proton.

"Ya Allah... Permudahkanlah segala urusan kami pada hari ini. Moga rezeki yg kami usahakan dengan keringat kami ini halal di sisimu.... Ameen..."

Kemudian lagu tema Proton pula berkumandang hasil nyanyian Nash. 5 minit sesi senaman ringan kemudian dimulakan!!! TAISIO....... satu term yg lebih popular bg staff Proton bg menggambarkan ttg senaman ini.... Regangan otot tangan, kepala, pinggan dan kaki diharap dapat memberi kesegaran kepada semua pekerja yg pastinya masih lg lesu mengharungi perjalanan malam.... Kini..... SEGALANYA BERMULA DI SINI..........



No comments: