Sunday, January 29, 2012

Wafa's Hijab...



Assalamualaikum...

Alhamdulillah...segala puji milik Allah SWT...Moga serambi ukhuwah kami sentiasa di bawah lembayung rahmat & perlindungan dari-Nya...Ameen (^_^) Tanggal 14 Januari 2012 yang lepas adalah tarikh kepulangan bibik dari Bandung, dan daku amat teruja kerana banyak koleksi tudung bayi dr Bandung akan menjadi modal perniagaan kami (^_^) Kami memilih tudung-tudung bayi dari Bandung kerana rekaan yang unik di samping menjadi medium dakwah kepada sesiapa yang belum memakai hijab...Nur Wafa Safiyya akan menjadi model tudung kami... Alhamdulillah... (^_^) Moga syiar Islam tersebar ke sekelian alam...

Cuti Semester Buat Permaisuri & Puteri

Assalamualaikum...
Alhamdulillah dengan izin-Nya dapat bertemu kembali di serambi ukhuwah kami. Hati daku berbunga berseri-seri tatkala permaisuri & puteri hati akan bercuti selama 3 minggu (14 Jan - 4 Feb) setelah tamat peperiksaan Semester 1 Masters of Law di UIA, Gombak. Sebelum pulang bercuti di teratak ukhuwah kami di Pasir Gudang, kami sekeluarga berkesempatan untuk bertemu sahabat-sahabat lama isteriku di Mid Valley pada 13 Jan 2012. Moga ukhuwah yang terjalin takkan putus ditelan zaman... Ameen...

Wednesday, January 11, 2012

Solat Hajat & Kesyukuran di Stesen



Assalamualaikum...

Syukur kepada Allah SWT atas nikmat kesihatan kerna jari jemari ini masih mampu berbicara di serambi ukhuwah ini...Ringkas sahaja bicara kata kali ini kerna daku keletihan setelah bermain futsal. Tanggal 6 Januari 2012, kami warga Stesen Janaletrik Sultan Iskandar, Pasir Gudang telah menganjurkan Solat Hajat & Kesyukuran. InsyaAllah, dengan doa dan pengharapan kami kepada Allah SWT, moga dikurniakan keharmonian & kesatuan hati di kalangan kami. Ameen...

Selamat Berjaya Buat Adikku Fariz


Assalamualaikum...

Alhamdulillah, di balik keheningan Subuh ini, masih lg daku dapat mencoret warkah ukhuwah ini. Tergerak hati ini untuk berkongsi detik adikku Mohd fariz Aiman yang pertama kali merasai alam persekolahan asrama pada tanggal 4 Januari yang lepas. Daku & ibuku telah berjaya memujuk abah & Fariz untuk mendaftar di Sekolah Menengah Islam At-Tahfiz, Pasir Gudang yang hanya sejauh 1.5km drpd kuartersku. Alhamdulillah, syahdu & terharu hati ini melihat budaya Islam yang diserapkan dalam setiap aktiviti persekolahan. Walaupun, adikku Fariz pada awalnya menangis ingin pulang, namun daku & ibu gagahi diri untuk meninggalkan beliau di bawah jagaan sekolah. Alhamdulillah, hingga kini, Fariz kelihatan serasi & gembira dengan suasana persekolahan & asrama. (^_^) Moga Allah SWT beri daku kekuatan untuk memikul tanggungjawab menjaga adik-adikku...

Sunday, January 8, 2012

Mujahadah Dalam Demam



Assalamualaikum...
Alhamdulillah, sempat lg daku posting di serambi ukhuwah maya kami ini. Muajahadah sungguh cuaca panas di Gombak sejak kelmarin hingga kami sekeluarga mengambil keputusan untuk bersantai di rumah, di bawah kipas sepanjang hari(^_^) Kala matahari terbenam, kami sekeluarga pergi ke Klinik untuk medical check-up Wafa setelah seminggu lebih demam & selesema...Petua orang2 tua : Baby demam adalah perkara biasa sbg tanda mereka ingin membesar. Memang terbukti, kini Wafa sudah pandai menyusur ke hadapan (^_^) Moga dengan izin Allah SWT, Wafa akan cepat sihat & rajin2 ye sayang makan ubat antibiotik & ubat demam...

Malam hari, kami sekeluarga dinner di Mc Donald, pertama kali dalam 6 bulan (^_^) Ummu Wafa rindu nk makan ayam goreng & daku pula sekian lama teringin merasa Prosperity Burger hehe...Mengimbas semula kenangan manis kami, pertama kali kami berbuka puasa juga dengan Ayam Goreng Mc Donald hehe (^_^)

Sunday, January 1, 2012

Muhasabah Ukhuwah Sepanjang 2011

Assalamualaikum...

Alhamdulillah bersua kembali di serambi ukhuwah kami untuk lembaran baru 2012 dengan izin & rahmat daripada Allah SWT. Pelbagai kenangan & cabaran telah kami lalui bersama sepanjang 2011. Alhamdulillah dengan izin-Nya, kami dapat tempuhi & gagahi semua ujian dengan tenang. Berikut adalah sebahagian drpd sorotan peristiwa penting dalam ukhuwah kami sepanjang 2011. Kenangan terindah bagi kami ialah ketika menyertai lawatan pemeriksaan kualiti bagi 13DMC Compressor Upgrading di Alstom Switzerland pada 13-21 Febuari 2011. Kami turut mengambil kesempatan untuk melawat Disneyland Paris, Eifel Tower Paris, Kota Brussels & Mount Titlis Switzerland. Paling diingati apabila kami dpt bersarapan di Zurich, makan tengah hari di Brussels & Dinner di Paris. Alhamdulillah kerana Allah SWT telah memberi kami peluang untuk melalui pengalaman terindah ini.
Seminggu slps pulang dr Europe, kami menjadi tuan rumah kepada Usrah Al Izzah pada 26 Febuari 2011. Alhamdulillah semua ahli keluarga Terengganu dapat hadir dan bermalam di serambi ukhuwah kami, Kuarters TNB Pasir Gudang. Ukhuwah Fillah Abadan Abada... Antara peristiwa sedih sepanjang tahun 2011 ialah kematian Tok Nyang pada 4 Mac 2011 di Terengganu yang berusia lebih 100 tahun. Kami sekeluarga bertolak ke Terengganu pada hari yang sama setelah mendapat berita Tok Nyang meninggal dunia. Al Fatihah untuk Allahyarham Tok Nyang... Antara cabaran bidang kejuruteraan yang daku alami ialah 'Distillate Bunkering' yang julung-julung kali diadakan di SJSI, Pasir Gudang pada 1-3 Jun 2011. Alhamdulillah dengan izin-Nya semua berjalan lancar. Segala penat lelah & cabaran bagi menghadapi Audit TPM berakhir pada 14 Julai 2011 apabila 2 orang Auditor daripada Jepun datang ke stesen kami. Walaupun kami tidak berjaya mendapatkan pengiktirafan TPM, namun kami bersyukur atas perubahan budaya & suasana di stesen kami. Alhamdulillah... Kelahiran puteri sulung kami Nur Wafa Safiyya pada 30 Jun 2011 pastinya peristiwa terbesar dalam hidup kami. Dengan rasminya kami bergelar Ayah & Ummi. Amanah yang Allah SWT beri kepada kami pasti akan kami pikul dengan penuh rasa tanggungjawab agar dapat mendidik Wafa dengan acuan Islam (^_^) Seminggu selepas kelahiran Nur Wafa Safiyya, kami menganjurkan majlis aqiqah di rumah mak abah di Batu Pahat pada 6 Julai 2011. Sepanjang minggu ini daku berulang-alik dari Batu pahat ke Pasir Gudang untuk bekerja. Penat lelah daku amat berbaloi apabila dapat melihat wajah suci Wafa setiap hari. Daku bersyukur kerna aku sendiri yang menyembelih kambing aqiqah untuk Wafa. Kami sekeluarga telah membuat keputusan untuk membeli kereta baru bagi memudahkan perjalanan isteriku ketika melanjutkan pelajaran Masters di UIA, Gombak. Perodua Alza berwarna purple menjadi pilihan kami setelah menimbangkan harga yang berpatutan dan saiz yang luas. Kami menerima kereta seminggu sebelum Hari Raya pada 20 Ogos 2011. Pengalaman berhari raya di Terengganu pada 30 Ogos 2011 benar2 tidak dapat daku lupakan. Tambahan pula ini adalah kali pertama kami menyambut Hari Raya bersama & juga kali pertama bersama Nur Wafa Safiyya. Syukur alhamdulillah atas segala pengalaman yang begitu berharga ini. Pastinya tanggal 17 September 2011 adalah hari paling bersejarah bagi keluarga besar Atok Musriah. Semua anak2, cucu2 & cicit2 Atok dapat berkumpul bersama. Hari Keluarga ini dianjurkan di rumah Wak Ahmad dengan pelbagai aktiviti sukaneka & jamuan. Ukhuwah Fillah Abadan Abada. Alhamdulillah telah genap setahun perkahwinan kami pada 25 September 2011. Ukhuwah kami diserikan lagi dgn kehadiran puteri sulung kami Nur Wafa Safiyya. Kami menyambut first anniversary dengan berkelah & leisure di Pantai Desaru, Kota Tinggi. Atas komitmen kerja & tanggungjawab memimpin PKPI TNB, Pasir Gudang, kami sekeluarga menyambut Hari Raya Eid Adha di Pasir Gudang pada 6 November 2011. Alhamdulillah, daku berkesempatan untuk berkorban 1 bahagian lembu untuk Nur Wafa Safiyya. Tirai 2011 dilabuhkan dengan tamatnya Major Overhaul Gas Turbine Alstom 13DMC Upgrading yang julung2 kali diadakan di dunia. Hampir 3 bulan kami warga Stesen Janaletrik Sultan Iskandar, Pasir Gudang bertungkus-lumus membanting tulang bagi menjayakan aktiviti yang hanya dianjurkan setiap 4 tahun. Ini juga adalah pengalaman pertamaku memimpin Major Overhaul yang bermula 1 Oktober hingga 21 Disember 2011. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, segalanya berjalan dengan jayanya...Moga kehadiran 2012 menjanjikan banyak cabaran & kejayaan dalam kerjayaku. Ameen...