Alhamdulillah bersua kembali di serambi ukhuwah kami untuk lembaran baru 2012 dengan izin & rahmat daripada Allah SWT. Pelbagai kenangan & cabaran telah kami lalui bersama sepanjang 2011. Alhamdulillah dengan izin-Nya, kami dapat tempuhi & gagahi semua ujian dengan tenang. Berikut adalah sebahagian drpd sorotan peristiwa penting dalam ukhuwah kami sepanjang 2011.
Kenangan terindah bagi kami ialah ketika menyertai lawatan pemeriksaan kualiti bagi 13DMC Compressor Upgrading di Alstom Switzerland pada 13-21 Febuari 2011. Kami turut mengambil kesempatan untuk melawat Disneyland Paris, Eifel Tower Paris, Kota Brussels & Mount Titlis Switzerland. Paling diingati apabila kami dpt bersarapan di Zurich, makan tengah hari di Brussels & Dinner di Paris. Alhamdulillah kerana Allah SWT telah memberi kami peluang untuk melalui pengalaman terindah ini.
Seminggu slps pulang dr Europe, kami menjadi tuan rumah kepada Usrah Al Izzah pada 26 Febuari 2011. Alhamdulillah semua ahli keluarga Terengganu dapat hadir dan bermalam di serambi ukhuwah kami, Kuarters TNB Pasir Gudang. Ukhuwah Fillah Abadan Abada...
Antara peristiwa sedih sepanjang tahun 2011 ialah kematian Tok Nyang pada 4 Mac 2011 di Terengganu yang berusia lebih 100 tahun. Kami sekeluarga bertolak ke Terengganu pada hari yang sama setelah mendapat berita Tok Nyang meninggal dunia. Al Fatihah untuk Allahyarham Tok Nyang...
Kelahiran puteri sulung kami Nur Wafa Safiyya pada 30 Jun 2011 pastinya peristiwa terbesar dalam hidup kami. Dengan rasminya kami bergelar Ayah & Ummi. Amanah yang Allah SWT beri kepada kami pasti akan kami pikul dengan penuh rasa tanggungjawab agar dapat mendidik Wafa dengan acuan Islam (^_^)
Kami sekeluarga telah membuat keputusan untuk membeli kereta baru bagi memudahkan perjalanan isteriku ketika melanjutkan pelajaran Masters di UIA, Gombak. Perodua Alza berwarna purple menjadi pilihan kami setelah menimbangkan harga yang berpatutan dan saiz yang luas. Kami menerima kereta seminggu sebelum Hari Raya pada 20 Ogos 2011.
Pastinya tanggal 17 September 2011 adalah hari paling bersejarah bagi keluarga besar Atok Musriah. Semua anak2, cucu2 & cicit2 Atok dapat berkumpul bersama. Hari Keluarga ini dianjurkan di rumah Wak Ahmad dengan pelbagai aktiviti sukaneka & jamuan. Ukhuwah Fillah Abadan Abada.
Alhamdulillah telah genap setahun perkahwinan kami pada 25 September 2011. Ukhuwah kami diserikan lagi dgn kehadiran puteri sulung kami Nur Wafa Safiyya. Kami menyambut first anniversary dengan berkelah & leisure di Pantai Desaru, Kota Tinggi.
No comments:
Post a Comment