Monday, April 21, 2008

Penutup Tirai...


Assalamualaikum...

Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Ilahi di atas limpah kurnia-Nya diri ini masih mampu bernafas, masih mampu menghirup udara segar tanpa sebarang caj dari-Nya... Hampir setahun aku menyepi dari blog ukhuwah ini kerana komitmen study. Alhamdulillah dgn izin-Nya dapat aku kembali...

Dalam setahun ini banyak peristiwa yg mewarnai diriku ini... Satu demi satu ujian dan dugaan dapat aku tempuhi dengan redha-Nya. Nikmat yg tak ternilai dari-Nya menjadi dugaan buat diriku agar tidak lena dibuai alam mimpi. Kehadiran Azzahra dlm hidupku bagaikan mimpi...namun aku sedar bahawa 'hadiah' ini adalah ujian buat diriku...

Aku baru sahaja selesai final year project utk ijazah. Dan hari ini adalah hari yg bersejarah buat diriku apabila dgn rasminya aku telah menyempurnakan pengajianku sepanjang 4 tahun di universiti. Thesis berwarna dark brown setebal hampir 100 muka surat umpama penutup tirai kepada pengajianku di kampus... Namun tiada titik noktah dalam menuntut ilmu kan... Aku tidak berniat lagi untuk sambung Master kerana 'mood' aku kini lebih tertumpu kpd alam pekerjaan... InsyaAllah... Masanya akan tiba untuk aku melangkah ke alam baru....




No comments: