Saturday, April 26, 2008

Jalan-Jalan Cari Buku



Assalamualaikum...

Alhamdulillah...Segala puji milik Allah. Syukur atas segala nikmat dan kurnia-Nya, aku masih dapat lg menggagahi jari jemariku ini untuk berceloteh di ukhuwah maya ini.

Jam di handphone aku sudah menunjukkan jam 2.34 pagi. Suasana di rumah sewaku tetap meriah dengan 1001 telatah daripada rakan-rakan. Ade yang gelak sendirian menonton drama bersiri streaming di internet. Ade yang gigih bermain online game...malah ade yg ngigau walaupun kelihatan lena dibuai mimpi...hehe. Aku masih lg segar setelah tidur lena selepas Maghrib td. Mungkin kerana keletihan setelah sepetang di luar atas pelbagai urusan. Petang td aku dan 2 orang rakanku sibuk dgn urusan bayaran bil di pejabat pos. Kemudian kami bergegas ke kedai komik untuk menyewa buku. Suasana yg tenang & damai buat kami leka hingga tidak sedar cepatnya masa berlalu. Aku begitu asyik membaca komik "Wira Tunggal: Pendekar Laut". Entahla....terasa memori zaman remaja dahulu ketika obses membaca komik menghantui diriku ni. Aku kini bukan saja obses dgn komik, malah 'manga' dari Jepun. Aku kembali muhasabah diriku ini seletah terjaga dari tidur... Lantas aku melayari internet mencari buku2 ilmiah @ novel2 islamic yang satu ketika dulu menjadi teman setia di kala sunyi. Aku cuba untuk mengimbangi semula bahan2 bacaan dalam hidupku. Ketika usia muda dahulu, aku pernah impikan sebuah mini library yg penuh dengan pelbagai jenis bahan bacaan. Aku pernah mempunyai koleksi komik yang begitu banyak sehingga mak terpaksa membakar semuanya kerana tiada keseimbangan dalam bahan bacaanku. Kini aku ingin membina kembali impianku itu. Namun aku ingin mengumpulkan bahan2 bacaan ilmiah dan juga bahan2 bacaan relax seperti komik. Alhamdulillah...kini impianku hampir tercapai. Cuma aku ingin menambahkan lagi koleksi bahan2 bacaanku. Ermm....mata dah semakin sayu. Azzahra telah lama lena dibuai mimpi. Aku bersyukur atas segala nikmat dari-Mu Ya Rabbi....

No comments: