Thursday, April 24, 2008

Job Seeker

Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur kepada Allah atas segala nikmat yg tak terhingga banyaknya kepada diriku ini... Selawat dan salam buat Rasul junjungan baginda Nabi Muhammad s.a.w atas segala pengorbanan baginda hingga Islam tersebar ke seluruh pelusuk alam ini.

Dalam 2 hari kebelakangan ini aku benar2 sibuk dgn urusan job interview untuk mendapatkan pekerjaan. Maklumlah aku sedar diriku kini sudah bergelar sbg graduan universiti. Aku x mahu bertangguh2 dalam urusan pekerjaan kerana aku sedar akan tanggungjawab aku pada keluarga dan juga masa depan. 2 hari lepas, interview bersama TNB benar2 buat aku keletihan. Bayangkan interview dilakukan dlm bentuk group discussion dan individual presentation on general issue. Alhamdulillah aku dpt tempuhi dgn hati yg tenang... Hari ini pula aku terpaksa bangun seawal jam 5 pagi semata2 untuk membuat persiapan untuk interview di Perodua. Perjalanan dari Bangi ke Rawang dalam suasana hujan lebat benar2 menduga keimanan aku. Betapa sabar doa dan tawakkal menjadi bekalan terbaik sebagai pemandu berhemah hehe...Tambahan pula aku adalah first candidate utk sesi pagi. Jadi seharusnya aku memberi first impression yg terbaik dgn datang awal...

Saje aku ingin berkongsi screen shot dari game Assassin's Creed. Game yg berlatar belakang kota Damascus, Acre dan Jurusalem ketika zaman sebelum Islam menawan kota Palestin yg diterajui oleh Salahuddin Al-Ayubi. Ape yg menarik pada game ini ialah kualiti graphic dan gameplay yg benar2 buat aku addicted. Tambahan pula suasana kota Palestin yg sebelum ini tak pernah aku terokai secara terperinci dpt aku explore di alam maya. Game ini berkisah kepada Altair seorang assassin atau pembunuh upahan yg ditugaskan untuk membunuh pemimpin2 kanan yg disyaki belot pd penguasa ketika itu. Bagaimanapun banyak agenda2 tersembunyi dan twist yg benar2 membuat aku terkejut dgn jalan cerita dlm game ini. Bear in mind...aku bukan nak jadi seorang asassin dlm post kali ini hehe...Mujur xde interview untuk jawatan assassin kan. InsyaAllah moga bertemu kembali....

No comments: