Saturday, November 26, 2011

Maal Hijrah Sebagai Suami & Ayah (^_^)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah segala puji milik Allah...Terasa syahdu malam ni kerana daku keseorangan menyambut kedatangan Maal Hijrah tatkla Isteri & Puteri kesayanganku berkelana menuntut ilmu di UIA Gombak. Masih segar di ingatan, tahun lepas daku menyambut Maal Hijrah hanya berdua bersama isteriku. Kami berkongsi duduk di atas tikar sajadah membaca Doa Awal & Akhir tahun. Tahun ini kami tetap bersama membaca doa & menanam azam walaupun berjauhan. Kehadiran puteri kesayangan kami Nur Wafa Safiyya menambah seri Maal Hijrah tahun ini. Moga kami menjadi Ayah & Ummi yang terbaik untuk Wafa (^_^)

No comments: