Sunday, May 11, 2008

Khemah Ibadah

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...Segala puji milik Allah. Syukur kepada-Nya atas nikmat Islam dan Iman... Syukur kepada-Nya atas nikmat mata yg mampu melihat dengan izin-Nya... Masih terngiang2 lg di benak hatiku akan drama di tv3 malam td. Kisah pengorbanan seorang ibu buta kepada anak lelakinya, namun dibalas dengan pandangan hina dina kerna kelemahan yg ada pada ibunya sedangkan ibunya sendiri yg telah menghadiahkan matanya untuk anak kesayangannya itu akibat kemalangan. Drama bertajuk "Demi Masa" antara drama teladan selain "Janji Seorang Anak" adalah antara sekelumit drama yg bermanfaat untuk ditonton. Namun hati ini agak sedih kerna drama2 dan siri2 drama yg lagha dan melalaikan jauh lebih banyak...

Hujung minggu aku kali ini diwarnai dengan Program Khemah Ibadah anjuran Sekolah Agama KAFA Integrasi Riadussalihin di Seksyen 17 Shah Alam. Aku dan 5 lagi rakanku hanya sebagai facilitator atau pemudahcara untuk 2 slot aktiviti sahaja. Namun kami tetap puas dan gembira kerna dapat beramah mesra dengan adik2 sekolah rendah dalam usaha membimbing dan mengajak mereka dekat kepada Allah. Terasa diri ini begitu kerdil kerna ilmu di dada masih kurang malah banyak lagi tentang diriku yg perlu dimuhasabah. Namun jauh di mata hati, keinginan untuk mentarbiyyah diri menggagahi diriku...Moga Allah redha pada pengorbanan kami ini...Kepada adik2, abang sentiasa mendoakan kejayaan antum semua di dunia dan akhirat...Kepada ustaz dan ustazah yg mengajar, moga tabah dan cekal dalam membimbing dan mengajar adik2 kami dengan penuh hikmah dan kasih sayang walaupun dihiasi dengan ketegasan...InsyaAllah...Hingga bertemu kembali...

No comments: