Friday, May 9, 2008

Speed Racer

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...Dengan izin dari Allah...Bibirku ini masih manis berbicara, Lidahku ini masih petah berkata, Jari jemariku ini masih aktif menekan keyboard... Sume ini adalah izin dan rahmat dari Allah SWT buat hamba-Nya ini yg hina dina ini...

Malam semalam...aku dan rakan2 serumah pergi menonton wayang. Masing2 agak bosan dan hambar setelah berakhirnya kehidupan campus. Masing2 masih lg mengharap jawapan dari interview. Masing2 masih lg mengharap ihsan dari majikan untuk memberikan surat tawaran pekerjaan...Aku sendiri masih menanti jawapan dari Perodua & TNB...Walaupun aku meminati bidang automotif, namun abah dan emak tetap mendesak untuk menerima tawaran dari TNB jika aku berjaya setelah melepasi interview ke-2...InsyaAllah...aku pasti akan mendapatkan jawapan dengan istikharah sepertimana aku mendapat jawapan mengenai diriku dan azzahra.

Speed Racer...Watak seorang pelumba yg begitu menggilai perlumbaan hingga hampir gagal dalam persekolahan. Watak ini adalah comeback dari siri kartun popular yg menjadi kegemaranku sejak di bangku sekolah rendah...Siri perlumbaan kereta yg penuh cabaran dan kereta yg dilengkapi dengan pelbagai gadget seolah2 mengimbas semula kenangan lama...Tapi dalam movie ini, aku tidak berapa puas hati. Sejam pertama tenyata begitu bosan, namun sejam berikutnya baru terasa enjoy. But overall, a nice movie to watch with ur kids...hehe...

No comments: