Sunday, March 4, 2012

Usrah Al Izzah di Ulu Yam - 21 Januari 2012


Assalamualaikum...

Alhamdulillah dengan izin-Nya Usrah Al-Izzah bersidang kembali di Sungai Tua, Ulu Yam, Selangor pada petang yang dingin 21 Januari 2012 (^_^) Acara bulanan Usrah Al-Izzah yang menghimpunkan kesemua ahli keluarga ini memang sentiasa dinantikan. Tambahan pula, usrah kali ini adalah kali pertama kesemua ahli keluarga dapat hadir sejak pertama kali diperkenalkan pada 29 Januari 2011. Masih segar dalam ingatan kami ketika usrah edisi pertama di Sungai Pertak. Subhanallah sudah genap setahun rupanya (^_^)

Antara intipati perbincangan kami ketika usrah kali ini adalah sunnah Rasululllah SAW dalam strategi berjihad. Baginda menyarankan agar anak-anak muda dididik dengan ilmu memanah, berenang & menunggang kuda. Baginda juga menyarankan agar anak-anak dididik dengan 'kasar' agar dapat membina jatidiri yang jitu. Ilmu memanah dewasa ini kian dilupakan kerana kebergantungan manusia dengan teknologi senjata yang lebih moden. Namun adakah kita sedar bahawa hanya dengan memanah dapat melatih daya tumpuan diri, dapat melatih kekuatan lengan & seterusnya memanah adalah strategi serang hendap yang paling berkesan. Begitu juga dgn ilmu berenang & menunggang kuda yang mempunyai hikmah tersendiri sejajar dengan saranan Baginda Rasulullah SAW. InsyaAllah, sama-sama kita amalkan dan terapkan dalam keluarga kita...

Kami semua tidak melepaskan peluang untuk bermandi-manda di jeram sungai sambil sibuk membakar ayam panggang (^_^) Daku & Ummu Wafa tidak turun ke sungai kerna bimbang keletihan memandu malam ini. Namun kami tetap terhibur dengan karenah & telatah ahli keluarga lain bermain air (^_^) Lewat petang itu, kami bertolak pulang ke Terengganu secara berjamaah dengan menaiki Alza (^_^) Alhamdulillah, syukur atas nikmat Alza kerna mampu menampung 9 penumpang ketika pulang ke Terengganu. Dengan izin-Nya kami semua tiba di Terengganu jam 3 pagi. Allahu Akhbar!!!

No comments: