Sunday, February 4, 2007

Hujung Minggu yg Damai

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, dengan izin-Nya, hujung minggu tiba lagi. Entah kenapa, hati ni asyik menanti ketibaan hujung minggu. Hari demi hari yg berlalu, seolah-olah begitu mujahadah untuk dihadapi. Alhamdulillah, aku masih lg mampu berdiri, masih lg mampu sujud menghadap-Nya.....

"Allah tidak memberati seseorang melainkan sekadar apa yang terdaya olehnya" -Al Baqarah :286-

Tahukah anda, bilakah saat yg paling damai buat diriku?? Apabila dahi sujud di sajadah, apabila menitis air mata kerana-Nya....itulah saat paling manis. Moga saat-saat ini akan selalu hadir dalam hidupku. Melihat indahnya alam ciptaan Allah yang terbentang luas, ikan-ikan di lautan, pohon-pohon yg menghijau, juga membuat diri ini berasa damai.....Alhamdulillah....


Sepanjang minggu ini, aku sibuk mengejar due date utk submit project report. Alhamdulillah, walaupun belum sihat sepenuhnya, aku gagahkan diri ini hadapi segalanya. Ketibaan hujung minggu seolah-olah adalah hadiah buat diriku yg keletihan, mentally and physically. Alhamdulillah, kehadiran sahabat-sahabat serumah seolah-olah tepat pada masanya. Kami luangkan masa hujung minggu ni dengan melihat keindahan alam di Taman Tasik Titiwangsa dlm suasana midnight.

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih"
-Ibrahim : 7-

Alhamdulillah, demam & batuk2 yg aku alami for the past 3 weeks, dah semakin sembuh. Aku gagahkan diri makan ubat2 tu, walaupun pahit (^_^). Hujung minggu ni banyak aku habiskan dengan berehat & tidoo....Alangkah bestnya nikmat ini, Alhamdulillah..... (^_-)v

2 comments:

Anonymous said...

Salam..
Ermm..singgah kejap. Alhamdulillah weekend yg best bg awak. Rest in peace..InsyaAllah =) Saye pulak mata dh mcm beruang panda ( busy sgt..byk keje n test for n.week..nie blog saper ni..hehe. Sorry.. )

Alhamdulillah kesihatan awak dh makin pulih. Saye ? InsyaAllah..

"Ibadah merupakan kemuncak bagi sifat kepatuhan dan kerendahan kepada Allah dan ia juga adalah kemuncak betapa ia merasai keagungan Tuhan yang disembah."

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ(56)مَا أُرِيدُ مِنْهُمْ مِنْ رِزْقٍ وَمَا أُرِيدُ أَنْ يُطْعِمُونِ(57)إِنَّ اللَّهَ هُوَ الرَّزَّاقُ ذُو الْقُوَّةِ الْمَتِينُ

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya. Surah Al-Zariyat 51: Ayat 56-58

Oklah, pjg pulak..wassalam

+jg diri hiasi peribadi+

Anonymous said...

salam..

Syukran for the sharing of knowledge... May Allah bless you...

"Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta bantuan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan bantuan Allah itu melainkan kaum yg kafir" - Yusof :87-

tinta ukhuwah