Wednesday, February 14, 2007

Pipah in memory

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, segala puji milik-Nya dan dengan izin-Nya kita bertemu kembali di warkah ukhuwah ini... Post kali ini mungkin agak unik, bukan ape, aku ingin berkongsi satu kisah... Kisah seekor anak ayam, 'Pipah' nama diberi....

Seminggu sebelum tibanya Ramadhan 1427Hijrah, bertempat di tingkat 8 Apartment Cendikiawan, Uniten...satu kisah unik bermula...Ilham dari Projek Engineering Measurement, di mana kami perlu menetaskan telur ayam mengikut spesifikasi engineering concept & design....Dengan izin Allah SWT, maka hasilnya ialah 'Pipah', seekor anak ayam cilik yg mendapat nama daripada seorang bayi comel (^_^)v

"Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya esok. Dan tidak seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati." -Surah Luqman ayat 34-

Memori indah bersama si cilik 'pipah' hanya sementara. Telatahnya yg manja dan mengikutku ke mana sahaja aku pergi pasti menghiburkan hati sesiapa sahaja. Sebulan berlalu, perpisahan yg telah ditetapkan oleh-Nya menjelang tiba... Walaupun hati kecil ini hiba dengan perpisahan ini, namun aku redha dengan kenangan terindah ini. Aku sudah melakukan yg terbaik buat 'pipah' dan Allah SWT lebih mengasihinya....

"Biarkanlah hari-hari melakukan apa yang dia mahu, dan relakan jiwamu jika qadha sudah ditetapkan. Jika qadha sudah turun di tanah suatu kaum, maka tidak ada yang sanggup mencegahnya, tidak juga bumi dan langit" -Dipetik drpd kata2 nasihat oleh Imam Syafi'i dlm kitab La Tahzan-

tinta_ukhuwah

No comments: