Tuesday, February 27, 2007

Baiti Jannati = Rumahku Syurgaku

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dengan izin-Nya kita bertemu kembali di warkah ukhuwah ini. Hampir seminggu aku menyepi kerana pulang ke kampung halaman untuk bertemu abah, emak dan adik-adikku. Hatiku kembali tenang apabila melihat wajah emak, mendengar 1001 kata2 nasihat dari abah, dan melihat telatah adik2 ku yg begitu menghiburkan hati... Alhamdulillah syukur pada-Nya atas kurniaan nikmat usrah = keluarga. Thank You Allah.... (^_^)

"Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kedua ibu bapamu." - Surah Luqman ayat 14-


Setiap kali pulang ke kampung di Batu Pahat, Johor, aku tidak membawa bersama segala tugasan2 kampus. Aku ingin meluangkan masa yg singkat ini sepenuhnya untuk keluargaku. Aku luangkan cuti semingguku kali ni dengan melancong bersama keluarga di Penyabung Mersing, di Port Dickson N.Sembilan dan di Bandaraya Bersejarah Melaka. Alhamdulillah, segala kenangan terindah ini akan bersemadi dalam ingatanku dan di warkah ukhuwah ini (^_^)


"Wahai ibuku, hendaklah berdoa kepada Allah, doa merupakan senjata bagi ibu dalam mengharungi kehidupan ini, dan bergembiralah dengan akan datangnya kebaikan, kerana Rabb telah menjanjikan dalam kitab-Nya" -Dipetik dr kitab Nasehat Untuk Keluarga Muslim-

2 comments:

Anonymous said...

Salam..

Firman Allah,
"Wahai orang orang yang beriman, peliharalah diri kalian dan keluarga kalian
dari api neraka." (At Tahrim : 6)

Umar bin Al Khaththab bertanya, "Wahai Rasulullah, kami dapat memelihara diri kami, lalu bagaimana cara kami memelihara keluarga kami?"
Beliau menjawab, "Hendaklah kalian menyuruh mereka, melarang mereka, dan mendidik mereka."

Ali bin Abu Thalib, Qatadah dan Mujahid berkata, "Peliharalah diri kalian dengan perbuatan kalian dan peliharalah keluarga kalian dengan nasihat kalian."

" baiti jannati = rumahku, syurgaku "

+ jg diri hiasi peribadi +

Anonymous said...

Salam...

Syukran for sharing the naseehat about family in Islam... (^_^)

tinta_ukhuwah