Saturday, February 6, 2016

Tirai 2016 : Lahirnya Nur Hanna Khadeeja

Alhamdulillah...Lembaran 2016 kami membuka tirai dengan kelahiran puteri ke-3 kami pada tanggal 19 Januari 2016. Walaupun ketiga-tiga puteri kami adalah anak jati Johor, namun mereka lahir di Hospital yang berbeza & disambut oleh doktor wanita yang berbeza. Moga Allah SWT berkati...

Friday, December 18, 2015

Travelog Haji : Debaran di Malaysia (6-7 Sept 2015)

 
 
Assalamualaikum....
Ahad : 6 September 2015 / 22 Dzulkaedah 1436

Kami masih membuat persediaan terakhir di kuarters Pasir Gudang kerna komitmen kerja. Along Wafa telah mengikut nenek ke kampong di Batu Pahat sejak malam tadi. Angah Aafia pula masih lagi demam panas dan setia menemani kami seolah-olah dapat merasakan dirinya bakal berpisah dengan kami lebih sebulan. Kami solat sunat musafir di Pasir Gudang sebelum bertolak ke Batu Pahat. Laungan azan berkumandang sebagai simbolik bermulanya perjalanan Haji jam 12.30 tgh hari. Kucing Mama Yin mengikut kami ke Batu Pahat untuk menjadi teman permainan Along & Angah. Persediaan terakhir kami lakukan sekali lagi di Batu Pahat. Debaran kencang melanda tatkala Buku Rawatan Perubatan Haji abang tidak dapat ditemui di beg. Puas kami mencari hingga hampir membuat keputusan untuk kembali mencari di Pasir Gudang. Tanpa buku tersebut, pasti dan pasti Tabung Haji tidak akan membenarkan abang berangkat ke Tanah Suci... Alhamdulillah...Allah SWT ketemukan juga dengan buku tersebut di poket kecil beg. Syukur Alhamdulillah...




Assalamualaikum....
Isnin : 7 September 2015 / 23 Dzulkaedah 1436

Alhamdulillah...hari yang dinanti akhirnya tiba. Hening pagi dimulai dengan mandi sunat Ihram di Batu Pahat. Tetamu semakin ramai hadir di perkarangan rumah mak & abah. Laungan azan berkumandang oleh jiran kami, Haji Marlan bagi menyambut pemergian kami ke Tanah Haram. Kami saling bersalaman & bermaafan andai ada terkasar bahasa atau salah silap. Tepat jam 11.30 pagi, 2 kereta bertolak ke Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya. Kami menaiki kereta mak & abah sambil ditemani puteri-puteri kami, Along Wafa & Angah Aafia. Kami tiba agak lewat daripada perancangan asal kerna kesilapan melakukan U-turn hingga tersasar ke Subang. Alhamdulillah, lalulintas lancar di Lebuhraya Persekutuan walaupun ketika waktu puncak warga kota pulang dari pejabat. Kami tiba di Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya jam 5.30 ptg. Ummi & Abah telah tiba lebih awal tatkala menyambut ketibaan kami. Hujan lebat menyelubungi suasana hening petang.
 
Setelah kami melapor diri di kaunter Tabung Haji, kami berkongsi info dengan keluarga mengenai penginapan di Tanah Haram. Alhamdulillah, kami akan menetap di Hotel Rehab Janadriah, Tingkat 7, Bilik 717. Kami bernaung di Maktab 91. Mak, abah dan adik beradik beransur pulang jam 8.15mlm tatkala Isyak semakin menghampiri. Saat perpisahan bersama kedua-dua puteri kami akhirnya tiba. Sayu hati ini hanya Allah SWT yang tahu. Giliran ummi, abah & adik beradik pula beransur pulang jam 9.30mlm. Masih segar dalam ingatan, kata-kata tarbiyyah dan nasihat oleh abah kepada kami agar berazam dan berdoa untuk melakukan amalan yang terbaik walaupun diri tidak upaya, yakinlah pada bantuan Allah SWT serta jangan sesekali 'down-grade' tahap ibadah yang bakal dilaksanakan.

Abang bersiap memakai ihram jam 9.45mlm dan seterusnya kami mendaftar di kaunter Tabung Haji sambil menunjukkan Buku Rawatan Haji serta Passport. Kami setia menunggu di dalam dewan sambil mendengar kuliyyah, laungan azan & doa Safar. Jam 10.30mlm, kami menaiki bas 08 - Seat 04 menuju ke KLIA. Moga 300 zikrullah sentiasa bermain di bibir kami hingga kami terlelap....

Monday, December 29, 2014

Ujian & Cabaran Tatkala 2014 Melabuhkan Tirai

Pelbagai ujian & cabaran buat kita semua tatkala 2014 melabuhkan tirai...
Antara peristiwa besar ialah:

1. Kehilangan MH370 #PrayForMH370 , MH17 ditembak jatuh #PrayForMH17 & kehilangan QZ8501 #PrayForQZ8501

2. Banjir besar di Malaysia sehingga hampir 200,000 mangsa dipindahkan #PrayForPantaiTimur

3. Serangan zionis ke ats Gaza sepanjang bulan Ramadhan... #PrayForGaza

Semoga segala ujian ini menjadikan kita lebih hampir kepada-Nya... Infakkanlah pertolongan walau hanya sekeping doa....



Sunday, October 19, 2014

Eid Adha : Erti Sebuah Pengorbanan Keluarga Kami

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, masih diizinkan kalam berbicara, masih diizinkan jari jemari ini berketik
Saban hari daku asyik merindui telatah puteri-puteriku
Tatkala ketemu di hujung minggu
Wafa pasti berbicara "Alhamdulillah sukenyer ayah datang!!"
Aafia pasti bertateh jalan memeluk daku dengan senyuman
Semoga pengorbanan kami sekeluarga diterima Allah SWT
"SELAMAT EID ADHA & BERKORBAN DI JALAN ALLAH"

Tinta Ukhuwah

Wednesday, September 24, 2014

Riadah & Menyemai Ukhuwah



Assalamualaikum...

Saban hari diri ini merindui isteri dn anak2 yang jauh di mata,
Namun ku tabahkan diri demi cinta,
Pasti ada ganjaran dari-Nya.

Riadah memanah & badminton,
Bersama rakan & taulan,
Semoga sihat tubuh badan.

Menyemai ukhuwah,
Mencari barakah,
Melalui riadah.

Tuesday, September 16, 2014

Selamat Ulangtahun Pertama Buat Puteri Kami


Alhamdulillah....

Masih diberi keizinan oleh-Nya untuk berceloteh di teratak maya kami.
Lebih setahun bersawang teratak ini.
Menyemai ukhuwah takkan terhenti.
Syukur ke hadrat Ilahi.
Genap setahun puteri ke-2 kami.
Nur Aafia Auliaa nama diberi.
Semoga berjaya di dunia dan akhirat nanti.

Tuesday, June 18, 2013

Kembara Ukhuwah Bulan Mei 2013 - Siri 2

Assalamualaikum...

Kembara ukhuwah kami tidak dapat lari daripada tugasan kerja daku bagi mencari rezeki sesuap nasi yang halal dengan izin Allah SWT. Alhamdulillah, Ummu Wafa & Wafa dapat turut serta menemani daku...